Lebam akibat dera! Ibu kecewa kes anak 'didiamkan' selama 8 bulan. 'Alasan tiada saksi, tidak berlaku jenayah'
HATI mana yang tidak luluh apabila melihat tubuh anak sendiri dipenuhi kesan lebam, namun aduan yang dibuat seolah-olah tidak mendapat pembelaan sewajarnya.
Itulah yang dirasai ibu bernama Syaza Syamimi yang kecewa apabila kes dakwaan penderaan terhadap anaknya seperti 'didiamkan' selama lapan bulan, meskipun laporan perubatan mengesahkan wujud kesan lebam yang mencurigakan akibat penderaan.
Lebih mengecewakan, siasatan dikatakan ditutup atas alasan tiada saksi dan tiada unsur jenayah dikenal pasti.
Menerusi hantaran di Facebook, Syaza berkongsi kronologi kejadian yang menimpa anak lelakinya.
"Ini adalah jalan terakhir saya pilih untuk sebarkan berita dan dapatkan keadilan anak saya," jelasnya menerusi Facebook.
17 Januari 2025
Saya menjemput anak dari pusat jagaan kanak-kanak. Pada jam 7 malam, semasa saya dan suami hendak mandikan anak, kami perasan ada kesan lebam panjang dan kemerahan pada belakang badan anak.
18 Januari 2025
Kami bawa anak ke klinik swasta berhampiran untuk mendapatkan nasihat doktor tetapi doktor tersebut memberikan prespripsi ubat gatal sahaja sebab tidak berani tuduh bukan-bukan terhadap sekolah. Saya dan suami tidak puas hati.
19 Januari 2025
Kami ke Hospital Sultanah Aminah untuk dapatkan second opinion dan doktor sahkan ia bukan disebabkan gatal tetapi kesan dipukul atau jatuh di atas objek panjang. Laporan polis dibuat di Sentral Police Johor kerana paling hampir dengan hospital dan laporan berkenaan diperlukan untuk doktor memulakan medical inspection for child abuse.
Setelah selesai imbasan X-ray dan konsultasi, kami diarahkan untuk ke balai polis berhampiran rumah bagi mengambil keterangan. Jadi kes kami dipindahkan ke Balai Polis Iskandar Puteri.
25 Februari 2025
Laporan perubatan penuh diterima daripada hospital dan doktor official sah kes dera. Saya ke Balai Polis Iskandar Puteri semula untuk buat permohanan jalankan siasatan ke atas pusat jagaan tersebut.
Laporan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dibuat.
Mac 2025
Tiada perkembangan terbaharu daripada pihak polis mahupun JKM
7 April 2025
Selepas dua bulan saya dipanggil semula ke Balai Polis Iskandar Puteri untuk mendapatkan pengesahan sama ada saya mahu membawa kes ke mahkamah atau tidak. Mestilah kami hendak.
Mei 2025
Tiada perkembangan terbaharu daripada pihak polis mahupun JKM.
10 Jun 2025
Saya sendiri menghantar teks WhatsApp kepada pegawai polis dan bertanya jika ada kemas kini terbaharu kes. Saya kemudian dimaklumkan bahawa sudah ada keputusan. Tetapi apa keputusannya? saya pun tak diberitahu.
8 Julai 2025
Saya dimaklumkan untuk ambil surat di balai.
10 Julai 2025
Saya ke balai tetapi inspektor tiada. Jadi tidak dapat surat.
18 Julai 2025 - Tiada respons
24 Julai 2025 - Tiada respons
29 Julai 2025 - Pegawai kata nanti dia akan buat surat format PDF.
1 Ogos 2025 - Tiada surat diterima
4 Ogos 2025 - Tiada surat diterima
5 Ogos 2025 - Surat diterima by PDF. Apa keputusannya? Kes ditutup kerana tiada saksi untuk menyokong, tiada kesalahan jenayah, dan tiada keterangan kukuh. Oleh itu, tiada tindakan akan diambil ke atas sesiapa atau mana-mana pihak.
Syaza meluahkan rasa kecewa kerana berkenaan sudah berjalan selama apan bulan.
"Hanya sebab pihak jagaan gagal mempamerkan rakaman kamera litar tertutup dengan alasan ribut petir dan sedang diselenggara, mereka bebas begitu saja.
"Selama lapan bulan, saya menunggu dengan penuh sabar dan menaruh kepercayaan bahawa pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan prinsip keadilan. Namun pada hari ini, saya menerima hakikat bahawa kes ini telah ditutup tanpa sebarang tindakan.
"Jangan cakap saya tidak ambil pre-caution step sebelum hantar anak. Saya periksa semua rekod rasmi, check review, site visit dan baharulah saya mendaftar. Bukan saya pilih pakai dadu.
"Saya sangat kecewa dengan semua pihak yang sepatutnya menjaga. Mohon doa semua, semoga ada keadilan buat Syakir Ali kami. Walau tiada keadilan yang telus di dunia, semoga balasan setimpal diterima oleh mereka yang menganiaya kanak-kanak," kongsinya.
Hantaran yang menerima lebih 8,000 perkongsian dan 4,800 reaksi serya menerima pelbagai makum balas yang menyokong keluarga dan mendoakan agak kekejaman kepada si kecil memihak kepada keluarga itu.
Sumber: Syaza Syamimi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
