Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet
PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh syarikat perancang perkahwinan, suami isteri Muhammad Afiq, 28, dan Aqilah, 26, menerima titipan hampir 2,500 doa serta ucapan selamat pengantin baharu daripada warga maya.
Foto-foto pasangan berkenaan memakai persalinan songket berona coklat menjadi inspirasi ramai. Tidak kurang juga yang tertarik dengan penampilan manis pengantin perempuan dikenali sebagai Aqilah.
Pemakaian kurung moden dengan perincian renda, selendang dan aksesori gandik berona emas menaikkan seri.
Manakala untuk akad nikah, wanita itu menggayakan baju kurung moden diperbuat daripada renda, veil dan tiara.
SinarPlus yang menghubungi Aqilah dimaklumkan bahawa majlis akad nikah dan persandingannya berlangsung pada 18 Mei lalu di Taman Perling, Johor Bahru.
"Alhamdulillah perkenalan selama tujuh tahun berakhir di jenjang pelamin.
"Moga rumah tangga dibina berkekalan hingga ke jannah," jelasnya yang kini menetap di Terengganu.
Baca juga: Pengantin lelaki berbaju Ultraman Taro tular, rupanya peminat cosplay. Dedah kostum berharga lebih RM2,000. 'Keberaniannya memang powerlah'
Baca juga: Pengantin terima mas kahwin 2 hektar kebun sawit, hadiah 2 hektar tanah, sebuah Pajero buat warganet terkesima, beruntung badan!
Baca juga: Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. 'Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan'
Hampir sebulan bergelar suri hati kepada Muhammad Afiq, wanita itu menjelaskan sifat penyayang dan bertanggungjawab dalam urusan keluarga menjadi ciri yang menambat hati beliau.
Sementara itu, pihak perancang perkahwinan, Floral Bridal House, Haffsyah Jamalong, pasangan pengantin berkenaan mengambil pakej penuh untuk majlis berkenaan.
Perancang perkahwinan yang terletak di Bandar Baru Uda, Johor Bahru menyediakan termasuk katerer, andaman, pakaian, solekan, jurufoto, kad jemputan, kek, inai dan sistem audio majlis.
Malah untuk meraikan raja sehari itu, pihaknya menempah baharu pakaian menggunakan fabrik sepanjang 13 meter.
Warganet yang tertarik dengan perkongsian di laman sosial Floral Bridal House memberikan komen yang positif. Rata-rata mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baharu selain menitipkan doa agar pasangan berkenaan bahagia ke anak cucu.
"Selamat Pengantin baru. Cantiknya baju."
"Sweet couple. Alhamdulillah dan tahniah kepada pengantin."
"Cinta itu bukan kerana rupa, pangkat dan darjat tetapi saling melengkapi antara satu sama lain. Cinta abadi hanya kerana ALLAH SWT. Semoga pasangan serasi sentiasa dirahmati-NYA."
"So cute. Tema coklat menaikkan seri. Baju pengantin sangat lawa."
"Kacak dan cantik pasangan mempelai. Love from Sarawak. Semoga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat."
"Cantiknya baju pengantin. Alhamdullilah semoga berbahagia. Jangan ambil pusing apa orang kata, janji kita happy."
"Selamat pengantin baharu. Pengantin perempuan comel dan baby face looking. Anugerah ALLAH. Moga berkekalan hingga ke jannah."
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang