'Love you Faisal Halim, rasa macam baru kahwin semalam' - Nur Syazwani
HANTARAN terbaharu pemain Selangor FC, Faisal Halim dan isteri, Nur Syazwani Mizuana Shahril menjadi perhatian warganet.
Berkongsi foto bersama anak lelaki mereka, Khalish Aryan di Insta Story , pasangan itu kelihatan ceria dengan ucapan ringkas "Alhamdulillah" dengan lagu Sayang Sampai Mati nyanyian kumpulan Repvblik dijadikan latar.
Dalam masa sama, isterinya Nur Syazwani juga sempat repost gambar tersebut di akaun peribadinya dengan kapsyen penuh kesyukuran.
"Alhamdulillah. Forgive and forget. Semoga ALLAH lindungi perkahwinan kami hingga ke syurga.
"Love you Faisal Halim. Rasa macam baru kahwin semalam."

Nur Syazwani terdahulu memfailkan permohohan cerai terhadap pemain tersebut.
Sekadar rekod, Penjaring Gol Terbaik Piala Asia 2023 itu berkahwin dengan Syazwani, 26, pada 9 Mac 2019 selepas empat bulan perkenalan.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
