'Mak cik ada rasa anak akan mati.' Wanita maut dikel@r suami sempat hadiahkan ibu beras, suspek sudah lama halang jumpa keluarga

No Image Caption
A
A
A

BESAR ujian buat keluarga yang kehilangan anak perempuan, Ecah Junus, 34, dipercayai mati dikelar suami sendiri.

Masakan tidak, menerusi rakaman media sosial, ibu mangsa Fatimah Seman, 63, yang menanggung kesedihan dirakam tidak sedarkan diri.

Benar gerak hati si ibu, Fatimah mendedahkan sudah dapat merasakan Ecah akan pergi buat selama-lamanya.

"Dalam masa sebulan, mak cik (ada) rasa anak aku akan mati," katanya.

Tidak hanya itu, Fatimah mendedahkan Ecah sudah lama dihalang bertemu dengan keluarga oleh suspek.

“Anak saya memang nak jumpa. Hari sebelum meninggal dunia, mak cik sempat jumpa dia untuk ambil beras yang arwah beli di Thailand.

"Mereka baru balik berjalan,” katanya ketika ditemui wartawan Sinar Harian di kediaman yang terletak di Kampung Pengkalan Kota Durian Chondong pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Ujarnya lagi, pada petang kejadian, arwah itu dikatakan ada bergaduh mulut dengan suspek selepas pulang bekerja sebagai kerani timbang sawit.

Kata Fatimah lagi, pada sebelah malam kejadian, dia ada memaklumkan kepada suami merasakan menantunya akan datang ke rumah dan ‘menghantar’ sesuatu.

Katanya lagi, mujur mereka sekeluarga tersedar ketika suspek datang ke rumah untuk membakar rumah namun tindakan itu berjaya dihentikan sebelum api mula merebak.

“Dia datang bakar kereta, bakar motor. Kalau lambat bangun, satu keluarga, anak cucu mak cik dah mati.

“Mak cik cakap, selamatkan kereta, kalau kereta terbakar, meletup... habis rumah kita,” ujarnya.

Sementara itu, rakan Allahyarham dikenali sebagai Qilah mendedahkan, wanita malang itu pernah kehilangan anak sulung pada Februari 2024 kerana lahir tidak cukup bulan.

"Walaupun masih terkejut dengan kejadian menimpanya namun kami reda, arwah dah bersama anaknya yang menunggunya di syurga."

"Arwah memang baik, suka membantu dari segi kewangan, tak kira siapa pun yang susah, dia akan tolong. Orang kampung pun tahu sikap baik arwah.

"Kali terakhir saya berhubung dengan arwah melalui aplikasi WhatsApp minggu lalu, sebab saya nampak statusnya mengenai jawatan kosong pemandu lori di tempat kerjanya. Rupanya, itu kali terakhir kami berhubung," katanya.

Menurut Qilah, Ecah dikenali sebagai seorang yang pemurah dan suka membantu orang susah.

Media terdahulu melaporkan mangsa menjadi perbuatan khianat dikelar suaminya yang merupakan seorang penganggur.

Suspek yang berusia 33 tahun itu telah direman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Tangkak sehingga 10 Jun depan.

Sumber: Sinar Harian 1, 2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang