Tragis! Asbab konflik dalaman keluarga, wanita maut dikel@r suami, suspek sempat bakar kereta mentua. Berikut kronologi menyayat hati
TRAGIS! Seorang wanita menemui ajal dipercayai dikelar suami. Insiden tersebut didakwa berpunca daripada perbuatan mengungkit kisah lama.
Siasatan awal mendapati, punca pembunuhan di Taman Cahaya, Bukit Gambir, Tangkak itu dikatakan berpunca daripada masalah keluarga.
Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Roslan Mohd Talib, suspek turut memiliki rekod lampau mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan pada 2017 dan dijatuhi hukuman denda RM1,800.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang Isnin dan suspek menyimpan mayat isterinya di rumah dengan menutup menggunakan selimut.
Lelaki tersebut kemudian cuba membakar rumah ibu mentuanya yang terletak di Kebun Baru, Durian Chondong, kira-kira 40 kilometer dari kediaman wanita itu.
Bagaimanapun, tindakan suspek itu tidak berjaya dan hanya sempat membakar empat buah kenderaan yang berada di bahagian luar rumah.
Difahamkan, mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung, manakala sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan turut dijumpai berhampiran.

Suspek yang berusia 33 tahun itu berjaya diberkas polis selepas pulang ke kediamannya di Bukit Gambir pada pagi Selasa.
Dia yang direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Tangkak sehingga 10 Jun dikatakan melaungkan kalimah syahadah dan beristighfar berkali-kali dengan nada suara tinggi ketika berada di dalam lokap.
Tidak hanya itu, dia juga menjerit-jerit sambil merengus seolah-olah sedang menahan kesakitan.
Suspek yang mempunyai rekod lampau di Putrajaya di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan pada tahun 2017 dan telah dikenakan hukuman denda sebanyak RM1,800 manakala hasil ujian air kencing didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah.
Proses bedah siasat jasad mangsa sedang dijalankan di Hospital Melaka dan dijangka selesai lewat petang ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api
Sumber: Sinar Harian 1, 2
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
