'Mama, nanti Zara balik lambat...' Kek batik, roti telur sajian terakhir, ibu sayu imbas kenangan anak tunggal maut terjatuh asrama

No Image Caption
A
A
A

UJIAN terberat buat ibu ayah ialah memulangkan pinjaman yang terindah. Bukan mudah menghadapi kehilangan anak yang dikandung sembilan bulan, dilahirkan dan dibesarkan tiada sekelip mata.

Pemergian puteri tunggal dalam keluarga selepas terjatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar, baru-baru menancapkan luka di hati Noraidah Lamat, 45.

Sempat mengimbas kembali sajian terakhir anak tunggalnya, Zara, Noraidah sayu saat puterinya menyediakan sendiri roti telur untuk dibawa ke asrama pada pagi Ahad.

"Kalau di rumah, dia memang suka makan kek batik tapi hari Ahad itu sebelum ke asrama dia sendiri masakkan roti telur.

Sekadar gambar hiasan
Sekadar gambar hiasan

"Itulah makanan terakhir yang dia bawa, yang dia masak di rumah dan saya hairan pada waktu itu. 

"Mahu balik ke asrama sudah, mahu lagi memasak roti telur dan dia juga masak untuk kami," katanya kepada wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.

Imbas kembali momen, ibu itu juga terkenang kek batik yang menjadi kegemaran Zara.

Artikel Berkaitan:

"Dia selalu minta saya buatkan kek batik. Saya buat beberapa bekas. Satu untuk dan dua lagi untuk kawan-kawan dorm," tuturnya.

Malah, kata si ibu Zara turut turut menunjukkan kelainan apabila untuk kembali ke asrama pada waktu petang, tidak seperti kebiasaannya.

"Selalunya dia balik ke asrama waktu pagi, tapi hari tu dia kata, ‘Mama, nanti Zara balik lambat, hari Ahad," katanya.

Hantaran Noraidah di TikTok
Hantaran Noraidah di TikTok

Pasrah dengan ketentuan ALLAH namun Noraidah berharap tiada hal yang disembunyikan dalam siasatan insiden bmenimpa anak tunggalnya itu.

"Saya mahu kes ini disiasat dengan telus, adil dan saksama serta tidak menyembunyikan sesuatu yang tidak betul.

"Sekarang sedang dalam siasatan polis, jadi saya tidak boleh memberikan sebarang ulasan. Saya telah dua kali pergi ke balai polis," ujarnya.

Terdahulu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco pendidikan serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif telah menziarah Noraidah di kediamannya di Kampung Kalamauh Mesapol, Papar.

Noraidah turut menerima sumbangan peribadi daripada Mohd Arifin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merangkap Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali; Pengarah Yayasan Sabah merangkap ADUN Kawang, Datuk Datuk Ghulam Haidar Khan; ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dan Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah.

Dalam pada itu, Mohd Arifin memaklumkan bahawa pihaknya menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada polis, termasuk berkaitan dakwaan kejadian buli di sekolah berkenaan.

"Ini dalam siasatan polis. Kita serahkan nanti, kita tunggu nanti hasil siasatan berkenaan," katanya.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang