Menakutkan! Remaja 16 tahun ambil gambar wanita random, edit dengan AI jadi gambar b*gel & dijual RM2 di laman sosial
ZAMAN teknologi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) ini bermacam hal boleh berlaku. Rasa macam tak selamat pun ada selepas pendedahan oleh Polis Diraja Malaysia ini.
Mudah sahaja buat duit meggunakan telefon bimbit untuk tujuan ambil gambar mana-mana perempuan, save dan edit menggunakan AI untuk dijadikan gambar bogel. Ia kemudian dijual dengan harga RM2 sekeping.
Jika tiada permintaan maka tiadalah pengeluaran, kan? Inilah yang dikatakan kreativiti yang membawa kepada kemusnahan. Lebih menakutkan pelakunya merupakan seorang remaja berusia 16 tahun!
Perkongsian pengguna Facebook Nur Syukrina boleh dijadikan panduan.
"Untuk sampai ke tahap ini, banyak kronologi sepanjang kehidupan dia. Untuk sampai ke tahap menjual gambar, perlu ada demand. Demand dari siapa? Pasti dari orang keliling.
"Mana dapat idea untuk jual muka orang real dan kemudian sanggup edit guna AI? Sudah pasti perkara itu ada sesi 'brainstorming' dengan diri sendiri. Tak adanya jadi dalam satu malam.

"Teknologi sepatutnya mengeluarkan potensi manusia menjadikan kehidupan lebih baik, membantu umat manusia, perform your life better, tak menyusahkan dan harmful kepada orang lain tetapi apa jadi kalau teknologi dapat ke tangan anak anak yang misguided?
"Tak ada orang bantu dia sedar. Bantulah anak-anak ni sedar apa yang mereka tengok pada skrin, apa yang pop up pada iklan, apa yang gambar gambar tak senonoh tu mampu musnahkan otak dan kemampuan berfikir mereka. Ini jihad kita," katanya.
Berikut adalah fakta siasatan dan kronologi penangkapan suspek yang dikongsikan Polis Kontinjen Johor:
1-Pada 3 April 2025, Polis Kontinjen Johor telah menerima laporan polis daripada pengadu seorang perempuan warga tempatan berusia 18 tahun yang mendapati gambar lucah telah disunting menggunakan gambar muka pengadu telah tular di media sosial.
2-Pengadu juga mendapati gambar-gambar lucah tersebut telah cuba dijual kepada orang ramai melalui atas talian.
3-Bertindak atas maklumat, pada 8 April 2025, jam lebih kurang 5 petang, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai telah berjaya menangkap suspek seorang lelaki warga tempatan berusia 16 tahun di sekitar kawasan Kulai.
4-Polis juga merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan bagi tujuan menyunting dan memuat naik gambar bogel mangsa-mangsa ke laman sosial untuk dijual dengan harga RM2.00 sekeping gambar.
5-Soal siasat awal mendapati saspek telah menyunting gambar mangsa yang diperolehi daripada akaun media sosial mangsa dengan menggunakan aplikasi teknik AI.
6-Suspek telah ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari bermula 09 April 2025 sehingga 12 April 2025 untuk siasatan lanjut.

7-Sehingga kini, Polis Kontinjen Johor telah menerima lapan laporan polis daripada mangsa lain melibatkan isu kes dan suspek yang sama.
8-Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan / 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
9-Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhkan Hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia pula boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
10-Mana-mana individu yang menjadi mangsa dinasihatkan untuk tampil membuat laporan polis di balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.
11-Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan gambar mangsa di media sosial dan membuat sebarang spekulasi yang akan mengganggu siasatan.
Berita berkenaan juga mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-rata meluahkan rasa bimbang.
"Risaunya dengan perkembangan dunia anak-anak sekarang."
"Semua ini adalah daripada pengaruh dalam talian. Rakan-rakan dalam grup Whatsapp atau Telegram."
"Masih jauh perjalanannya. Banyak potensinya dibazirkan. Moga ALLAH berikan dia hidayah."
Sumber: Facebook 1, 2
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
