Meruntun hati! 11 tahun menanti zuriat, bapa reda kehilangan bayi kembar – 'ALLAH pinjam sekejap saja'

No Image Caption
A
A
A

CUKUP meruntun jiwa. Itulah yang boleh diungkapkan apabila melihat momen seorang bapa mencium berkali-kali jenazah bayi kembarnya sebelum dikebumikan.

Perkara tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @Tuan_Amin91 yang berkongsi detik penuh emosi itu dalam salah satu hantarannya.

Dalam video yang menyayat hati itu, lelaki berkenaan dilihat mendukung erat bayinya sambil membawanya ke tanah perkuburan, sebelum mengucup jenazah mereka dengan penuh kasih sayang dan kesedihan.

Menurut kapsyen yang ditulis, bayi kembar tersebut merupakan harapan terbesar mereka selepas penantian selama 11 tahun untuk menimang cahaya mata. Namun, takdir ALLAH lebih besar daripada segala harapan apabila kedua-duanya kembali ke rahmatullah sejurus selepas dilahirkan.

No Image Caption

"Baby kembar ini adalah harapan kami selepas 11 tahun penantian. Namun, ALLAH lebih menyayangi mereka.

Dalam nada yang penuh redha, si bapa menulis bahawa bayi itu adalah pinjaman terindah daripada DIA dan memohon doa buat dirinya, isterinya serta semua ibu bapa yang masih dalam perjalanan berusaha mendapatkan zuriat (TTC).

"ALLAH Maha Baik. Innalillahi wa inna ilaihi raji’un," luahnya dalam hantaran tersebut.

UJIAN BERAT

Perkongsian itu meraih ratusan komen daripada netizen yang rata-ratanya tersentuh hati dan memberikan sokongan moral kepada pasangan berkenaan.

Ada yang mendoakan agar mereka terus kuat menghadapi ujian berat ini, malah tidak kurang juga yang turut berkongsi kisah kehilangan anak syurga masing-masing sebagai tanda sokongan dan empati.

Antara komen yang menyentuh hati termasuklah doa agar pasangan ini diberikan kekuatan serta ganjaran yang tinggi atas ujian berat ini.

Ada juga yang mengakui tidak mampu menahan air mata apabila melihat video tersebut sambil mengingatkan bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya walaupun kita belum memahaminya.

“Yang pasti, si kembar sedang menunggu ayah dan ibu di syurga,” tulis seorang pengguna.

Seorang wanita turut berkongsi kisah peribadinya apabila pernah melalui situasi yang hampir sama.

Katanya, anak syurganya dilahirkan seberat 4kg namun hanya sempat hidup selama dua hari akibat komplikasi lewat menjalani pembedahan selepas ketuban hijau.

Dia percaya semua yang berlaku adalah jalan yang ditentukan oleh ALLAH dan berdoa agar pasangan ini juga diberikan kekuatan untuk terus melangkah.

Momen ini bukan sekadar viral di TikTok, malah menjadi peringatan buat ramai bahawa kasih ibu bapa tidak mengenal waktu, dan setiap anak, walau sekejap hadirnya tetap menjadi cahaya paling berharga dalam hidup.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang