'Moga kalimah ALLAH ini kekal sepanjang hayat Maryam.' Anak hafizah al-Quran selesai khatam, doa Fadhlina undang sebak 

No Image Caption
A
A
A

MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek menitipkan kesyukuran dan terharu atas kejayaan anak ketiga, Maryam Fadhilah Mohd Fadzli yang selesai menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran dalam Majlis Khatam al-Quran sekolah.

Fadhlina dalam satu hantaran di media sosial berkongsi anaknya yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya dan mengikuti aliran Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) kelihatan sayu.

Menyedari proses berkenaan bukan mudah, sebagai seorang ibu, Menteri Pendidikan itu tidak dapat menahan sebak apabila menyaksikan sendiri detik penuh bermakna Maryam Fadhilah sebagai anak permata al-Quran.

"Sebenarnya mummy cuba tahan air mata semalam. Tetapi Maryam terus meluru dengan air mata sebak dan terus memeluk mummy. 

No Image Caption

"Semoga ALLAH kasihkan Maryam sebagaimana Maryam kasihkan al Quran.

"Ya ALLAH Sebaik sahaja mummy memeluk Maryam, terasa kehangatan air mata dan ucapan yang anak mummy tidak mampu zahirkan. Suasana hening. Hanya esakan air mata yang kedengaran. Bukan kami sahaja. Tetapi seluruh dewan.

"Perasaan yang sama. Kesayuan yang sama. Harapan yang sama.

" You did so well sayang. You did so well. We love you, we make doa for you". Itu sahaja kata-kata Mummy ulang kerana itulah perasaan Mummy ketika itu. 

Artikel berkaitan:

Lama kami berpelukan kerana Mummy faham beratnya tanggungjawab anak Mummy ini," titipnya. 

No Image Caption

Majlis berkenaan yang turut dihadiri suaminya,  Mohd Fadzli Arsad yang memeluk anak mereka.

"Alhamdulillah, selesai sudah majlis khatam dan hafazan 30 juzuk bagi anakanda tercinta kami. Tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar yang turut menamatkan hafazan dan khatam al-Quran dalam majlis penuh bermakna ini.

"Baba menyambut pelukan Maryam dengan tangisan bayna al khauf wa al raja (antara rasa takut dan harap) kerana takut dengan beban yang Maryam pikul sebagai hamalat al Quran dan berharap mudah-mudahan kalimah ALLAH ini kekal sepanjang hayat Maryam," kongsinya.

Tidak henti menitip kesyukuran ibu kepada enam cahaya mata itu turut mengucapkan tahniah kepada semua yang diraikan dan terima kasih kepada kepada semua asatizah.

No Image Caption

"Alhamdulillah. Selesai majlis khatam dan hafazan 30 juzuk buat anaknda kami yang kami cintai. Tahniah buat semua anak-anak yang turut sama selesai hafalan mereka dan khatam dalam majlis ini.

"Terima kasih buat ibu bapa yang sentiasa mendoakan anak-anak dan mendukung mereka sejak hari pertama mereka memulakan program TMUA - Kementerian Pendidikan Malaysia ini.

"Rakaman penghargaan buat semua para asatizah yang telah bersabar melatih dan memperkemas hafazan anak-anak ini tanpa lelah.

"Semoga ALLAH SWT mengganjari nikmat dan keberkatannya buat semua.

Allahumm-ar-hamna bil Quran!" tulisnya.

Terdahulu, Maryam Fadhilah menamatkan hafazannya pada 2 Januari 2024 bertepatan dengan hari ulang tahun kelahirannya.

Terdahulu Menteri Pendidikan menyambut kejayaan anak sulung, Thurayya Fadhilah berjaya memperoleh keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022.

Manakala anak keduanya, Sarah, pula memperolehi 8A pada SPM 2024.

Sumber: Facebook

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang