'Moga pulang dengan keberkatan & ketenangan.' Nurul Izzah & suami tunai haji

No Image Caption
A
A
A

ANAK kepada Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar dan suami, Yin Shao Loong berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji.

Berita itu dikongsikan TikTok Nurul Izzah's Fans awal pagi tadi yang memaparkan Timbalan Presiden PKR itu membuat persiapan akhir dan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Tanah Suci.

Terdahulu, X Nadi Wacana menitipkan ucapan selamat menunaikan haji buat Nurul Izzah.

No Image Caption

Artikel berkaitan:

"Selamat menunaikan ibadah haji, Nurul Izzah Anwar.

"Kami warga Cabang Keadilan Permatang Pauh mendoakan agar perjalanan ke Tanah Suci dipermudahkan ALLAH SWT, dikurniakan kesihatan yang baik dan mendapat haji mabrur.

"Semoga pulang dengan keberkatan dan ketenangan jiwa. Doakan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara di hadapan Kaabah.

“Dan ALLAH mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. (Surah Ali-Imran: 97)," titipnya.

Sekadar info, Nurul Izzah yang terdahulu menunaikan umrah pada Mac 2023 bernikah dengan Yin Shao Loong pada Ogos 2022.

Sumber: X, TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang