'Mohon doa triplet kami.' Kembar tiga lahir pramatang masih di NICU , bapa rayu hospital elak cuai demi keselamatan
BAPA kepada bayi kembar tiga yang tular, Mejar Ir TS Mohd Fikry Amri Abd Halim memohon doa daripada orang ramai demi kesejahteraan anaknya.
Menerusi hantaran di laman sosial, Mohd Fikry berkongsi situasi terkini si kecil yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Melaka.
Memaklumkan usia si kecil dilahirkan awal ketika kehamilan mencecah 31 minggu, Mohd Fikri berharap memohon doa orang ramai agar anak-anak mereka diberi kesihatan yang baik dan terselamat daripada sebarang komplikasi.
"Allahu akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, mohon semua mendoakan untuk kesihatan dan kesejahteraan anak-anak triplet kami.
"Saya dan isteri mohon kepada semua untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anak- anak triplet kami berdua yang kini masih berada dalam wad NICU/ Special Care Nursery (SCN)di Hospital Melaka.
"Mereka lahir pramatang pada minggu ke 31 dan terdapat risiko tinggi berlakunya komplikasi bayi pramatang dan memerlukan pemantauan rapi oleh doktor pakar, " kongsinya.

Dalam pada itu, Mohd Fikry meluahkan harapan keadaan tiga anaknya. Menzahirkan kerisauan, beliau dan meminta pihak hospital memberi rawatan yang terbaik dan berhati-hati.
"Kami merayu agar pihak Hospital Melaka melakukan prosedur yang sebaiknya dan elakkan sebarang kecuaian untuk memastikan mereka selamat.
"Triplet kini semuanya admit di NICU dan SCN sehingga cukup minggu ke-35.
"Walau apa pun yang berlaku kami pasrah dan reda dengan segala ujian, segala ketentuan dan perancangan ALLAH SWT adalah yang terbaik buat kami.
"Semoga triplet semuanya kembali sihat dan selamat dengan izin-NYA. Doakan kami terus kuat. Aminnnn ya rabbal alaminn. #justiceforalfateh," titipnya.
Terdahulu, kembar tiga dinamakan Maryam Al Lubna, Maryam Al Khawla dan Maryam Al Arwaa pada 17 Oktober lalu.
Anak sulung pasangan itu, Muhammad Al-Fateh Amri yang telah kembali ke rahmatullah September 2024 selepas dianaya di sebuah taska di Alor Gajah, Melaka.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
