Bayi ke-145, 146 dan 147 TAFF.' Pasangan ini dikurnia kembar tiga selepas diuji, Sultan dan Tengku Ampuan Pahang zahir tahniah

No Image Caption
A
A
A

KELAHIRANbayi kembar tiga pasangan suami isteri, Mejar Ir TS Mohd Fikry Amri Abd Halim dan Sabrina Hakiem Zaini mencipta detik bermakna apabila turut menerima ucapan tahniah daripada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Kembar tiga berkenaan merupakan bayi ke-145, 146 dan 147 yang direkodkan sejak tahun 2004 di bawah inisiatif khas tajaan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).

"Sultan Pahang Al-Sultan menzahirkan rasa syukur dan gembira di atas kelahiran Maryam Al Lubna (9.40 pagi), Maryam Al Khawla (9.42 pagi) dan Maryam Al Arwaa (9.46 pagi) di Hospital Melaka, semalam.

"Ketiga-tiga bayi berkenaan merupakan bayi ke-145, 146 dan 147 yang dilahirkan sejak TAFF ditubuhkan pada 2004. 

"Paduka baginda berdua mendoakan agar ketiga-ketiga bayi ini membesar dengan baik dan sihat serta sentiasa dilimpahi kasih sayang daripada ibu bapa serta insan di sekeliling mereka," katanya dalam kenyataan.

Artikel berkaitan:

Pada Januari lalu, Tengku Ampuan Pahang selaku Pengasas dan Pengerusi Seumur Hidup TAFF dengan penuh keprihatinan menawarkan rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) percuma kepada pasangan berkenaan susulan pemergian anak akibat kecuaian pengasuh di sebuah taman asuhan di Melaka.

Tragedi berkenaan turut menarik perhatian serta simpati rakyat Malaysia terhadap pasangan itu yang kehilangan anak lelaki berusia lapan bulan, selepas berusaha dan menanti kehadiran cahaya mata selama 13 tahun.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, TAFF yang ditubuhkan atas inisiatif Tengku Ampuan Pahang sejak 21 tahun lalu dan telah menaja 553 pasangan suami isteri yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan cahaya mata dari seluruh negara.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang