Ozlynn nasihat suami isteri kena jadi pendengar yang baik. 'Apa pasangan luah, tak ambil peduli tanda hati sudah mati...'
BEBERAPA minggu kebelakangan ini hangat isu konflik rumah tangga. Jika lihat di sosial media, satu persatu isu keretakan rumah tangga berlaku dalam lingkungan selebriti dan pempengaruh. Ini baru yang kita nampak, sebaliknya mungkin lebih banyak kes sebegini terjadi dalam kalangan kita tanpa sedar.
Tampil menitip nasihat, pelakon Ozlynn baru-baru ini ada berkongsi di laman Instagram miliknya bahawa tiada manusia sempurna dan pentingnya komunikasi antara suami dan isteri serta anak-anak.
“Dalam hidup ini banyak yang aku belajar. Ya, tak ada manusia yang sempurna tetapi semakin kita belajar semakin inginkan perubahan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.
“Sebab itu dalam perhubungan komunikasi itu penting, lebih-lebih lagi kaum isteri yang lebih banyak masa untuk anak-anak.
“Suami perlu memainkan peranan juga, jangan sampai isteri tiada tempat untuk meluahkan lelah,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail berkata, berselisih pendapat adalah asam garam di dalam rumah tangga.
Justeru itu, suami dan isteri perlulah menjadi pendengar yang baik di antara satu sama lain dan peka dengan keperluan anak-anak.
“Bukan senang jadi suami dan bukan mudah jadi isteri.
“Sebab itu biar kadang terasa dengan kata-kata pasangan, makna masih punya hati. Jangan sampai apa yang pasangan luahkan, kita tak ambil peduli..tanda hati sudah mati.
“Tiada pasangan yang tak pernah bergaduh atau terasa hati, baru lah ada warna warni.
“Suami tolong ambil peduli, baik isteri mahupun anak. Jangan sampai bila mak ayah dah tak ada, anak tak terasa kehilangan sebab kita tak pernah ada bila mereka perlukan,” ujarnya.
Tambah isteri kepada penyampai radio dan pelawak, Johan, penting untuk pasangan suami isteri mengurangkan masa mereka bermain telefon dan lebih dekatkan diri ke arah kebaikan.
“Kurangkan masa dari media sosial dan bermain telefon, yang boleh melalaikan kita dan anak-anak.
"Sebenarnya nasihat ni lebih kepada peringatan untuk aku dan suami. Pesanan aku pada diri sendiri dan anak-anak, berjaya nya kita bila lebihkan masa dgn Al quran dan FAHAM setiap bacaan.Bukan baca dan katam tanpa faham sebab segala rahsia kejayaan dunia dan akhirat adalah isi Al Quran," jelasnya.
Untuk info, sepanjang perkahwinan Ozlyn dan Johan memiliki enam orang cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Sodiq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania, Nur Latifah Moleiq Hanania dan Nur Latifah Cherdiq.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang