Padu! Da'i Wan nasihat Cik Epal & Jofliam move on, selesai sengketa cara agama. 'Kalian cipta gelombang fitnah berantai...'

No Image Caption
A
A
A

PEMPENGARUH laman sosial Cik Epal dan Jofliam sentiasa menjadi perhatian. Sejak berpisah Oktober tahun lepas susulan kehadiran orang ketiga, satu-persatu kemelut timbul menjadi bualan dan perdebatan warganet.

Pertelingkahan isu penjagaan anak, campur tangan isteri baharu dan harta sepencarian kecoh diperkatakan, pendakwah, Dai Wan tampil memberi nasihat padu buat kedua-duanya yang memiliki ratusan ribu pengikut di laman sosial agar menyelesaikannya tanpa membabitkan laman sosial.

Beliau juga enggan perkara itu semakin besar dan menjadi fitnah dalam masyarakat.

"Minta maaf Cik Epal dan Encik Jofliam. Saya rasa anda berdua sudah boleh berhenti. Sudah-sudahlah. Tidak habis-habis menyalahkan, saling bertegang urat dan sindir-menyindir.

No Image Caption

"Tahukah kalian berdua sedang mencipta gelombang fitnah rantaian dosa. Berhenti papar pergaduhan rumah tangga di laman sosial!," tegasnya.

Artikel Berkaitan:

Pemilik nama Wan Dazrin Wan Din itu terpanggil memberi teguran memandangkan isu kedua-dua pempengaruh itu mampu mengundang fitnah dalam masyarakat jika dibiarkan.

"Saya minta berhenti sekarang. Selesaikan hal keluarga anda di belakang tabir. Jangan jadi punca fitnah dan jangan jadi punca rantaian dosa yang akan membuatkan anda berdua kesal di hari akhirat nanti. Please, this has to stop.

"Saya cukup tidak suka untuk campur tangan pasal hal rumah tangga orang tetapi saya melihat kalian berdua tidak tahu berhenti melainkan ada pihak autoriti turun dahulu agaknya. Sudah. Selesaikan di belakang dan ingat, pengaruh daripada kalian akan menyebabkan kalian kesal nanti.

"Berundurlah daripada media sosial seketika dan hiduplah di belakang sosial media pula. Jangan jadi fitnah dunia dan jangan jadi punca rantaian dosa. Berat tidak tertanggung di hari akhirat nanti," titipnya.

No Image Caption

Dalam pada itu, Da'i Wan juga menasihatkan agar kedua-dua pempengaruh itu berlapang dada dan mencari penyelesaian mengikut Islam.

"Please, move on. Semoga ALLAH menjaga mereka yang tahu menjaga silaturahim meskipun telah bergegar Arasy-NYA. Tapi terkadang penceraian juga boleh menjadi jalan cerita indah.

"Jangan sulami dengan pergaduhan, sengketa dan perasaan benci-membenci. Nak bawa ke mana semua itu, saya tanya? Tidak ada melainkan kekesalan sahaja di akhirat nanti.

"Bukalah pintu kemaafan masing-masing. Ikutlah jalan agama kita wahai Cik Epal dan Jofliam.

Tidak hanya itu, Da'i Wan juga menyarankan masing-masing memulihkan keadaan dan menjaga hubungan agar kembali jernih biarpun selepas bercerai demi cahaya mata.

"Meski jodoh tidak mentakdirkan bersatu, tetapi ikatan anak-anak telah tercipta dengan tanggung jawab.

"Peganglah amanah dengan kasih dan sayang, bukan dengan amarah nafsu dendam yang tidak berkesudahan.

Artikel berkaitan:

No Image Caption

"Ciptalah jalan noktah untuk semua ini. Saya yang dalam bidang agama tidak larat tengok semua ini lalu di semua NewsFeed. Penat saya mendoakan, tapi kalian masih tidak sedar-sedar.

"Sekarang saya hadir untuk bagi kalian melihat semula dengan mata hati. Yang mana dahulu rasa sayang pernah ada, walau hari ini dibutakan hati dengan dendam dan amarah.

"Ketahuilah, syaitan sedang menghancurkan diri kalian tanpa kalian sedar. Syaitan bertepuk tangan melihat hubungan kalian musnah kerana semua rasa jahat itu. Kembalilah dan betulkan semula. Hentikan semua ini," kongsinya.

Sekadar info, Cik Epal dan Jofliam berkahwin pada 1 Jun 2014 sebelum bercerai 9 Oktober tahun lalu. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Han dan Yuk

Jofliam kemudian berkahwin dengan wanita pilihannya, Emira Delyati Dewi pada 5 April lalu.

Sumber: Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang