'Saya masih hormat, dia tetap ayah baik kepada anak-anak.' Cik Epal enggan jaja kemelut rumah tangga

No Image Caption
A
A
A

RUMAH tangga pempengaruh Cik Epal dan Jofliam menjadi perhatian susulan pendedahan Jo bahawa mereka bukan lagi suami isteri.

Cik Epal dalam hantaran di Instagram mendedahkan, beliau selesa mengambil keputusan untuk meneruskan hubungan baiknya dengan Jofni Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Jofliam itu.

Ushahawan itu juga mengakui pemilik jenama Pizza Wagyu Jofliam tersebut bapa yang baik buat anak-anak mereka.

"Aku masih hormat dia sebagai ayah yang sangat baik dan bertanggungjawab kepada Han dan Yuki," kongsinya.

Influencer yang mula dikenali sebagai blogger itu juga mengakui beliau tidak mahu mengeruhkan keadaan.

No Image Caption

"Aku sebenarnya tidak suka nak dedahkan hal rumah tangga dekat media sosial.

Artikel Berkaitan:

"Biar aku dengan dia saja tahu hal sebenar sebab masih belum ada keputusan.

"Aku tak nak keruhkan keadaan. Aku percaya setiap apa yang berlaku pasti akan ada jalan yang terbaik. Kalian doakan aku dapat handle situasi ni dengan tenang dan matang," titip Cik Epal kepada lebih 500,000 pengikutnya di Instagram.

Terdahulu Jo dalam coretan panjang, mendedahkan konflik antara staf bermula apabila beliau membawa pekerjanya ke Jepun dan kewujudan staf yang mereka-reka cerita yang mengaitkan dengan seorang kakitangan wanita sehingga menimbulkan salah faham.

No Image Caption

Jo juga didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan staf berkenaan sehingga menimbulkan keraguan Cik Epal.

Ia dipercayai berpunca daripada salah faham yang timbul sejak empat bulan yang lalu.

Jo juga ada mendedahkan sedikit sebanyak tentang apa yang berlaku dan isu mengenai kenapa beliau tidak membawa Cik Epal bersamanya ke Milan untuk pertandingan Top 100 Pizza.

Hantaran berkenaan menerima pelbagai komen daripada netizen. Rata-rata memberi sokongan buat Cik Epal dan berdoa semoga pempengaruh itu kuat dalam menghadapi dugaan tersebut.

Sekadar info, Cik Epal dan Jo mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata.

Sumber: Instagram Cik Epal

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang