Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut ditikam, suspek pelajar Tingkatan Dua bawa pisau ke sekolah
TRAGEDI yang tak disangka-sangka, seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat dilaporkan maut selepas ditikam oleh seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua di sebuah menengah sekolah menengah di Bandar Utama Petaling Jaya, Selangor.
Difahamkan, suspek dipercayai membawa senjata tajam berupa pisau ke sekolah.
Dalam kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 9.30 pagi dan berdasarkan maklumat awal, pelajar lelaki terbabit telah menikam pelajar lain.
Pada masa ini pihak polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Butiran penuh dijangka akan diperoleh dalam sidang media awal di lokasi kejadian.

Setakat ini Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, dan pasukan pegawai penyiasat sedang berada di lokasi.
Sementara itu, memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mengesahkan pelajar lelaki berusia 14 tahun telah ditahan.
"Ia satu kejadian yang menyedihkan, pelajar perempuan itu telah meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Suspek telah ditahan, kes masih dalam siasatan, motif kejadian belum dapat dikenal pasti," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Kempen Anti Buli Polis Diraja Malaysia pada Selasa.
Sumber: Sinar Harian , 2
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

