Pelajar terbaik SPM 1995 Terengganu & sangat hargai guru, OKU mental tular pernah jadi pelajar Sains Sukan UPM

No Image Caption
A
A
A

KISAH menyayat hati orang kurang upaya mental, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, dipukul beramai-ramai tanpa belas kasihan baru-baru ini terus menjadi perhatian.

Orang baik, tentunya ramai yang sayang. Selepas kesnya menjadi viral, semakin banyak kisah-kisah positif Faizan didedahkan orang yang mengenalinya di laman sosial.

Menurut pengguna Facebook Lutfi Lokman, Faizan merupakan bekas pelajar ibunya dan merupakan seorang yang rapat dengan guru-guru.

Malah lelaki itu amat menghargai para pendidiknya.

"OKU yang kena pukul tu adalah anak murid mak saya, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek yang juga super senior saya.

No Image Caption

"Beliau antara best student suatu masa dahulu dan sangat rapat dengan emak. Beliau selalu datang dan luahkan perasaan, bercerita tentang ketidakwarasan, masalah peribadi beliau.

"Emak cuba menasihati dan berpesan tentang kebaikan dan jaga diri yang kadang-kadang memang tidak dapat dikawal," kongsinya.

Artikel Berkaitan:

Lutfi juga mendedahkan lelaki berkenaan pernah menitip niat akan menjadi orang terakhir meninggalkan pusara jika gurunya meninggal dunia.

"Beliau pernah datang ke rumah saya di Kuala Nerus dengan mengayuh basikal dari Kemaman yang jaraknya beratus kilometer semata-mata ingin bertemu dengan emak dan cikgu-cikgu lain.

"Rapatnya beliau dengan keluarga kami sampai boleh datang rumah, makan nasi dan berbaring di ruang tamu hingga senja berlabuh. Kemudian pulang di rumah saudaranya di sekitar Manir jika tidak silap.

"Antara kata-kata beliau yang mengesankan emak adalah,

"Cikgu, saya sayang cikgu. Cikgu pesan ke anak cikgu, kalau cikgu mati nanti, minta mereka beritahu saya dan saya akan datang ke kubur cikgu untuk menjadi orang terakhir meninggalkan cikgu di sana. Cikgu jangan bimbang. Saya teman cikgu.”

No Image Caption

"Mengalir air mata emak bercerita tentang itu," titip Lutfi.

Susulan kejadian yang berlaku tempoh hari, Lutfi mengakui keluarganya terkejut.

"Beberapa hari lepas, kami sekeluarga terkejut melihat beliau dipukul tanpa belas kasihan di sebuah pasar di Kemaman.

"Apa sekalipun kesilapan beliau, kami harapkan semoga ada jalan penyelesaian dan perbicaraan yang waras oleh kita.

"Semoga Paijang diberikan kesembuhan dan kebaikan atas segala kebaikan yang telah dibuat," katanya.

'MOGA DIA SEMBUH' - RAKAN

Sementara itu, pengguna laman sosial TikTok, Akbar Azmi yang mengaku sebagai kawan baik Faizan atau Paijang.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Akbar mendedahkan lelaki itu merupakan pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 1995 Negeri Terengganu.

“Masa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 1995, Paijang bukan setakat pelajar cemerlang SMKA Sheikh Abdul Malek sahaja tetapi dinobatkan sebagai pelajar cemerlang negeri Terengganu.

“Selepas SPM kebiasaannya kita akan mohon Unit Pusat Universiti untuk melanjutkan pengajian di peringkat seterusnya.

No Image Caption

"Namun sewaktu panggilan pertama, dia tak dapat sambung belajar.

“Jadi, ketika panggilan kedua atau ketiga baru dapat masuk matrikulasi di Kuala Lumpur,” katanya.

Bagaimanapun, Akbar Azmi mendakwa kegagalan panggilan pertama untuk melanjutkan pelajaran telah menyebabkan Ahmad Nor mengalami kemurungan.

“Saya rasalah disebabkan peristiwa tersebut, macam kitalah kalau pelajar terbaik mesti akan rasa dapat belajar tempat yang terbaik tapi bila kita diuji panggilan pertama tu tak boleh pergi mana-mana.

“Paijang ni berasal dari keluarga yang susah, dia rasa bertanggungjawab untuk memperbaiki ekonomi keluarga jadi dia termasuk ke dalam kemurungan,” dakwanya.

Simpati dengan nasib rakannya, Akbar memohon warganet terus memberi sokongan kepada Paijang selain berharap keadilan akan memihak kepada sahabatnya kelak.

“Saya sebagai salah seorang kawan baiknya menyeru kepada semua orang untuk menyokong Paijang ni walaupun mungkin dia tak akan seratus peratus kembali normal tapi sekurang-kurangnya kita sokong dia,” tambahnya lagi.

PELAJAR TERBAIK SPM 1995 TERENGGANU, ATLET HOKI KE SUKMA

Manakala menerusi laporan portal berita, lelaki OKU tular itu aktif sukan hoki sejak bangku sekolah rendah dan mewakili Terengganu ke Sukan Malaysia (SUKMA).

Menurut adiknya,Ahmad Syahmi Jusoh, berkata abangnya beraksi di posisi sayap kiri dan pasukan hoki SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu di peringkat daerah dan negeri.

"Dia ada cita-cita untuk main kebangsaan tapi tidak kesampaian. Lagi pun dia dah berhenti main hoki semasa di matrikulasi dan ketika melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM), abang sudah tidak aktif bermain hoki," katanya kepada Majoriti.

Bagaimanapun, nasib Ahmad Nor Al Faizan berubah ketika menuntut di UPM apabila dia terpaksa berhenti lebih awal susulan didiagnosis masalah mental akibat tekanan belajar.

No Image Caption

Perkara itu sememangnya mengejutkan keluarga yang tidak menyangka Paijang boleh menghidap penyakit sebegitu rupa.

"Dia tidak habis belajar. Di UPM itu pun sekejap sahaja. Kira-kira satu semester ataupun dua semester seingat saya. Lepas jadi begitu, dia pun tidak sambung belajar kerana kesihatan mental dia on off.

"Mungkin faktor tekanan belajar ke macam mana kami tak tahulah tu. Mula-mula UPM tidak bagi berhenti dan extend tiga bulan sebelum tukar dari UPM Serdang ke UPM Terengganu (kini Universiti Malaysia Terengganu).

"Apabila pindah ke sana pun sama juga. Dia beritahu tidak boleh nak sambung belajar. Semasa sudah berkahwin pun on off keadaannya," kongsinya.

Pihak keluarga kini sedang menunggu perkembangan pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT scan) susulan kecederaan akibat dipukul oleh empat individu.

Terdahulu, lelaki ketidakupayaan mental itu dipukul beramai-ramai selepas dikatakan terlanggar salah satu gerai penjaja di sebuah pasar tani di di Chukai, Kemaman, Terengganu pada Jumaat.

Video yang memaparkan kejadian berdurasi 1 minit 52 saat bertebaran di laman sosial menyaksikannya dibelasah, disepak, dipijak dan diheret di tapak pasar tani.

Setakat ini enam individu ditahan berhubung siasatan kes berkenaan

Keeenam-enam mereka yang berusia antara 18 hingga 60 tahun manakala kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Sumber: Facebook, TikTok, Majoriti

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang