Pelajar Tingkatan Tiga dakwa dibuli, jatuh asrama - Warden, pengetua & PK Hem ditempatkan di JPN Selangor
"KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) akan menempatkan sementara Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta semua warden sekolah berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sehingga proses siasatan selesai. "
Demikian kongsi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook berkaitan kes tular melibatkan kes pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Sabak Bernam.
Fadhlina menegaskan, pihaknya mengambil perhatian kemalangan yang melibatkan seorang pelajar di sebuah sekolah di Selangor hari ini dan menegaskan memberi jaminan bahawa siasatan akan dilakukan dengan teliti dan menyeluruh serta tegas dalam menangani kes buli.
"KPM juga telah memulakan proses siasatan dalaman bagi meneliti semua aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekolah.
"Saya pastikan siasatan dijalankan secara terperinci semua aspek berkaitan termasuk dakwaan buli dalam kejadian ini.
"KPM tidak berkompromi dengan sebarang salah laku buli. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terbukti kejadian ini melibatkan salah laku buli," kongsinya.

Beliau dalam hantaran yang sama menitipkan doa agar pelajar berkenaan sembuh dan keluarganya tabah.
"Harapan agar keluarga tabah dan sabar menghadapi ujian Saya mendoakan supaya anakanda diberi kesembuhan segera dan keluarga diberikan kesabaran dalam menghadapi ujian ini," kongsinya.
Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar kritikal selepas mengalami pendarahan pada bahagian kiri dan kanan otak, selain rahang patah serta kecederaan pada paru-paru didakwa dibuli di sebuah sekolah di Sabak Bernam.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Pihaknya sedang mengumpul keterangan daripada saksi-saksi dan individu serta spek keselamatan pelajar, pengurusan asrama, serta latar belakang sosial mangsa serta rakan.
Menurutnya, sebarang spekulasi berhubung punca kejadian, termasuk dakwaan wujudnya unsur buli, adalah terlalu awal untuk disahkan.
Sumber: Facebook
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

