Pemandu Honda Jazz curi RM200 sebelum kemalangan, hidap kemurungan dan ada rekod rawatan psikiatri 

No Image Caption
A
A
A

KEMALANGANmaut melibatkan pelajar Diploma Pascasiswazah Pendidikan di Fakulti Pengajian Islam Kontemporari UniSZA, Allahyarham Syakirah Hanan Mazli terus menjadi perhatian.

Dalam perkembangan terkini, pemandu Honda Jazz yang merempuh kereta dipandu pelajar berkenaan dikatakan menghidap Major Depressive Disorder (MDD) atau kemurungan klinikal sejak Januari tahun lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, suspek lelaki berusia 32 tahun itu pernah beberapa kali mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

"Suspek mempunyai rekod rawatan psikiatri dan disahkan menghidap MDD sejak Januari 2025.

"Pengesahan itu diperoleh hasil semakan rekod rawatan hospital yang dijalaninya sebelum ini," katanya dalam dipetik dari Sinar Harian.

No Image Caption

Dalam masa pada itu, suspek juga dikatakan mencuri barang dari dalam sebuah kereta sebelum memandu laju dan terlibat dalam nahas meragut nyawa.

"Sebelum kemalangan suspek disyaki menceroboh masuk ke dalam sebuah kenderaan jenis Honda City yang parkir di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan mencuri beberapa barangan termasuk wang tunai sebanyak RM200 milik pemilik kenderaan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Selepas itu suspek masuk semula ke dalam Honda Jazz dan memecut laju kereta sebelum terlibat kemalangan," ujar beliau.

Difahamkan, semakan pemilikan kenderaan melalui rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati kereta dipandu suspek milik adik suspek dan bukan kenderaan curi seperti info yang tular di media sosial.

Malah maklumat mengatakan suspek meninggal dunia adalah tidak benar kerana lelaki tersebut mengalami kecederaan patah tangan kanan serta luka di badan dan masih menerima rawatan di HSNZ.

"Keadaan suspek stabil cuma perlu jalani pembedahan pada tangan kerana kecederaan dialami agak teruk," ujarnya.

Suspek akan ditahan bagi tujuan siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat kemalangan jalan raya.

Dalam perkembangan sama, polis menegaskan orang ramai diminta menghentikan sebarang spekulasi serta penyebaran maklumat tidak sahih berhubung kejadian tersebut.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang