Pempengaruh diceraikan secara 'live', Betty Rahmad beri teguran. 'Luahkan kepada ALLAH, bukan depan kamera'

No Image Caption
A
A
A

ZAMAN moden kini, tidak perlu orang lain untuk menyebarkan aib seseorang.

Cukup tuan punya badan sendiri memuat naik kandungan di media sosial, segala perihal yang nyata dan tersembunyi menjadi perhatian umum.

Baru-baru ini, kecoh seorang pempengaruh media sosial bertikam lidah dengan suaminya sehingga diceraikan melalui siaran langsung yang dibuat di aplikasi TikTok.

Bimbang kejadian tersebut berulang lagi, pelakon dan usahawan, Betty Rahmad tampil memberi teguran kepada golongan pempengaruh supaya tidak menjadikan media sosial sebagai ‘kiblat’ dalam berkongsi segala hal rumah tangga.

Menerusi perkongsian beliau di platform yang sama, beliau mengatakan ada perkara yang perlu disimpan rapi untuk diri sendiri demi mengelakkan maruah pasangan terlondeh.

"Media sosial hanya sebuah platform, tapi ramai yang menjadikan media sosial sebagai ‘hidup’. Pengikut yang ada dalam media sosial bukan semuanya hadir dengan niat yang baik.

"Jangan sampai meletakkan ‘live’ lebih penting daripada maruah dan kewarasan. Wanita yang sudah berkahwin dan bersuami, keutamaan kita tetap pada suami dan anak-anak.

"Bukan semua benda boleh dikongsikan, lebih-lebih lagi aib pasangan dan rumah tangga. Ada isu yang perlu kita simpan kemas. Ketika sedang bergaduh, jangan saling memprovokasi," kata beliau.

No Image Caption



Tambah beliau, sekiranya mempunyai masalah dengan pasangan, tempat yang lebih baik untuk meluahkan adalah kepada ALLAH, bukannya dalam media sosial.

"Kalau sedang sakit hati atau bergaduh dengan pasangan, pergi luah kepada ALLAH, bukan luah depan kamera.

"Kalau tahu pasangan jenis panas baran, jangan tambah bara. Ini bukan soal tunduk kepada pasangan, tapi soal menjaga maruah rumah tangga.

"Realitinya, kita hidup di akhir zaman yang mana perkara tidak sepatutnya dipertontonkan, tetapi dipertontonkan.

"Sekarang zaman ‘live’, tular dan ‘view’. Sepatutnya media sosial dijadikan medium mencari rezeki," jelasnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang