Perjalanan pulang bertukar tragedi, anak maut dalam kemalangan, ibu terlelap ketika memandu

No Image Caption
A
A
A

MALANG tidak berbau. Perjalanan ke destinasi yang dituju oleh seorang ibu bersama empat orang anaknya bertukar tragedi apabila mereka terlibat dalam kemalangan.

Lebih menyedihkan, si ibu kehilangan anak yang berusia dua tahun ketika Aidilfitri bakal menjelang.

Kejadian yang berlaku pada jam 2.40 petang, Sabtu lalu menyebabkan Muhammad Alexander Zulkarnain Muhammad Nur Basir, 2, mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka.

Kemalangan maut di Jalan Penghulu Jaabar membabitkan Perodua Axia yang dipandu oleh Nurul Nadiah Mustapha Kamal dan Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang lelaki, Fairul Haziq Mohd Aris.

No Image Caption

Hasil siasatan awal mendapati suri rumah berusia 31 tahun itu bersama empat anaknya dalam perjalanan dari arah Bandar Melaka menuju ke Tehel.

Ketika tiba di lokasi kejadian, wanita tersebut dikatakan terlelap sebentar sebelum memasuki laluan bertentangan. Ia mengakibatkan perlanggaran dengan Perodua Myvi yang dalam perjalanan dari Bukit Katil ke Duyong.

Semua mangsa yang terlibat mengalami kecederaan. Nurul Nadiah, yang tersepit di tempat duduk pemandu, mengalami patah kaki kanan, manakala tiga lagi anaknya, Muhammad Uthman Affan, 4, mengalami luka di kaki kanan; Nur Alisha Atiqa, 7, patah kaki kanan; dan Muhammad Danish Al Faateh, 9, mengalami luka di muka.

Sementara itu, pemandu Perodua Myvi mengalami kecederaan di perut, manakala abangnya, Fairul Hafids, 45, disahkan mengalami kecederaan pada paru-paru.

Mayat kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka, untuk bedah siasat, manakala semua mangsa yang cedera kini menerima rawatan di hospital yang sama.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang