Remaja marah ibu demi MC! Hilang adab dengan orang gara-gara gajet

No Image Caption
A
A
A

MENJAGA anak zaman kini sememangnya menjadi cabaran buat mak ayah. Lebih-lebih lagi wujudnya 'orang ketiga' dalam hubungan mereka, iaitu gajet yang menjadikan hubungan kekeluargaan retak disebabkannya.

Gajet bukan sahaja melalaikan bagi mereka yang tidak tahu menghargai fungsinya, malah ketagihan teknologi tersebut melahirkan generasi yang kurang adab dengan orang lain terutamanya warga tua.

Perkongsian doktor perubatan dan juga pempengaruh, Dr kamarul Arifin sememangnya membuka mata kita tentang hal ini bila mana seorang pelajar perempuan bukan sekadar bertindak biadap terhadap orang luar, tetapi pada ibu kandungnya sendiri.

Difahamkan, gadis itu datang ke klinik kerana mengalami masalah senggugut.

"Assalamulaikum. Apa khabar? Sakit apa hari ini? Tanya saya. Krik krik krik, Dua saat berlalu, pandangan gadis berumur 13 tahun itu masih tertumpu pada skrin telefon berwarna keemasan di tangannya.

"Sesekali tersenyum, dan seraya menaip sesuatu. Setelah itu, masih juga tiada jawapan.

"Adik! Doktor tanya tu! Jawablah! Tegur si emak. Senggugut! Ujarnya sambil membalas mesej di WhatsApp. Pandangannya sedikit pun tidak lekang daripada skrin gadget yang bernilai ribuan ringgit tersebut," tulisnya.

No Image Caption

Oleh kerana remaja berkenaan sibuk dengan telefon dan lambat menjawab pertanyaannya, doktor tersebut telah mengambil telefon bimbit remaja terbabit dan diberikan kepada ibunya.

"Ish mak ni! Jawabkanlah! Tak nampak ke orang tengah sibuk! Bak telefon tu!

"Saya tahu soal siasat itu penting, tapi saya hanya teruskan pemeriksaan tanpa sebarang bicara kerana saya takut tak dapat kekang diri daripada meledakkan kemarahan. Luluh hati, bagai kaca terhempas ke lantai.

"Silap kita juga. Kalau ibu bapa lebih rapat dengan telefon pintar daripada dengan anak-anak, inilah hasilnya. Generasi bertamadun tinggi, tapi mundur peradaban," jelas beliau.

No Image Caption

Tambah Dr Kamarul lagi, ibu remaja itu turut memohon maaf bagi pihak anaknya sebelum meninggalkan bilik konsultasi.

Malah, apa yang paling membuatkan doktor itu terkejut, beliau terdengar remaja tersebut memarahi ibunya di kaunter klinik hanya kerana tidak meminta sijil cuti sakit.

Perkara itu membuatkan doktor berkenaan berasa kasihan pada si ibu dan memberikannya sijil cuti sakit.

"Mak! Kenapa tak mintakkan MC! Orang kan tak pergi sekolah tadi! Ish!

"Tiba-tiba kedengaran pekikan suara budak tadi di kaunter hadapan. Saya segera capai buku sijil cuti rehat.

"Sesungguhnya, sijil cuti itu saya beri bukan kerana gadis kecil itu layak, tapi saya tak sampai hati nak lihat si emak memohon. Sambil saya tandatangani sijil cuti sakit itu, air mata ku bergenang.

"Ya ALLAH. Ampunkan dosa-dosa kami, dosa-dosa mereka yang sebelum kami dan juga yang bakal menggantikan kami," tulisnya lagi.

Walaupun tidak semua, tetapi inilah lumrah hidup sekarang apabila gajet lebih rapat dari hubungan sesama keluarga. Semoga ibu bapa di luar sana terus kuat dalam mendidik anak-anak.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang