Ryzal Ibrahim ajar anak terima diri, tak jadikan warna kulit ukuran cantik. ‘I’m beautiful brown girl’

No Image Caption
A
A
A

BAGI kanak-kanak yang masih kecil dan sedang membesar, mereka mungkin belum faham sepenuhnya tentang perbezaan kulit bagi setiap orang.

Tanpa pendedahan awal atau teguran yang betul, ia boleh membawa kepada sikap ‘body shaming’ apabila mereka makin besar nanti.

Itulah yang cuba diterapkan oleh pempengaruh dan usahawan, Ryzal Ibrahim, apabila beliau mendidik anak perempuannya, Rina, supaya tidak menilai orang berdasarkan rupa fizikal semata-mata.

Baru-baru ini, Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim berkongsi perbualan beliau bersama anaknya tentang isu warna kulit.

No Image Caption



Dalam video di TikTok, Rina memberitahu dia memakai semburan pelindung matahari (sun screen) untuk mengelakkan kulitnya menjadi gelap kerana beranggapan ia akan menjadikannya ‘tak cantik’.

Menyedari salah faham tersebut, Ryzal terus menegur Rina secara lembut.

“Moana (watak Disney) tu cantik kan? Walaupun kulit dia coklat, Rina tak boleh cakap kulit warna coklat tu tak cantik. Warna coklat pun cantik.

"Rina pun kulit warna coklat tapi cantik juga. Jadi tak semestinya orang yang kulit putih je cantik. Ada je yang kulit coklat, kulit hitam... tapi tetap cantik," kata beliau.

@ryzalibrhm

The best way to change your kid mindset about beautiful

original sound - Ryzal Ibrahim



Dalam masa sama, lelaki berusia 33 tahun itu juga menasihati anaknya supaya sentiasa bangga dan yakin dengan diri sendiri.

“Kalau Rina nampak orang kulit coklat atau hitam, tak boleh terus cakap tak cantik. Rina kena bangga, kena gembira. I’m beautiful brown girl’,” ujar Ryzal.

Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet memuji cara pempengaruh media sosial itu mendidik anaknya supaya tidak menjadikan warna kulit sebagai pengukur kecantikan seseorang.

“Saya sangat kagum dengan cara anda didik Rina. Cara anda terangkan sesuatu dengan nada yang jelas, penuh hormat dan guna contoh yang baik juga.”

“Saya pun ada pesan benda yang sama pada anak-anak saya. Mereka ni memang polos. Kita sebagai ibu bapa kena selalu ingatkan mereka supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang ALLAH berikan. Syabas Appa & Rina!”

“Tahniah Appa. Saya harap semua ibu bapa dapat berbual dengan anak-anak mereka seperti ini. #makcikpunwarnacoklatjugak”



Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang