'Saya tak nak aniaya masa orang...' Khairul Aming respons pelanggan batal pesanan rendang, trip New Zealand tanda penghargaan
USAHAWAN pempengaruh terkenal, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan mengenai pemilihan pemenang percutian ke New Zealand yang diumumkan sebaik sahaja jualan produknya berakhir.
Iji berikutan segelintir pihak mempersoalkan mengapa keputusan itu tidak diumumkan seminggu kemudian, kononnya bagi mengelakkan pembatalan pesanan.
Menurut Khairul Aming, pemilihan pemenang sejurus selepas jualan dibuat adalah sebagai tanda menghormati masa pembeli yang telah memberi sokongan.
Jelasnya, jika pengumuman ditangguhkan, beliau bimbang timbul tuduhan bahawa pemilihan pemenang dibuat atas dasar ‘cable’ atau hubungan tertentu.
"First of all saya tak nak aniaya masa orang. Kalau senarai pemenang dah ada kat tangan, saya kena announce terus untuk hormat masa orang yang datang support saya. Lagi satu kalau saya announce seminggu lambat, orang akan cakap pemenang tu mungkin pakai cable.
"Jadi akan ada keraguan di situ. Kalau KA tak umum terus, dan awak tunggu parcel sampai baru KA announce, itu dah jadi macam lucky draw. KA bukan buat cabutan bertuah, KA buat lima pelanggan terpantas. Jadi tak boleh kita announce lambat sedangkan nama pemenang dah ada dalam system kita.
"Tapi ramai ke yang cancel order? Sebenarnya tidak, sedikit sahaja dan benda ini normal sebenarnya setiap kali launching. Semua sellers hadap benda sama.
"In fact, ramai yang dah dapat dah parcel dari semalam. Team KA tingkatkan efficiency dalam tiga hari kita sudah selesai semua pengeposan. Alhamdulillah banyak sangat ulasan positif kita dapat untuk rendang ni," kongsinya.
Dalam masa yang sama, Khairul Aming memilih untuk bersangka baik terhadap pelanggan yang membatalkan pesanan rendang, dengan memahami bahawa mereka mungkin perlu mengutamakan perbelanjaan untuk perkara yang lebih penting.
Beliau turut menegaskan bahawa pemberian hadiah (giveaway) yang dianjurkan adalah sebagai tanda penghargaan kepada para pengikutnya, bukannya strategi untuk melariskan jualan.
"Kalau ada yang cancel order sebab tak menang giveaway, KA ok je dia buat macam tu. Sebab maybe dia nak guna duit tu untuk benda lain yang lagi penting. Giveaway ni KA buat sebagai hadiah untuk followers KA.
"Kalau sebab nak sold out laju, KA akan suruh byr guna e-wallet atau credit card lagi laju. Tapi KA suruh guna online banking sebab nak verify yang pemenang tu adalah dari anda semua yang menyokong KA, bukannya dari scalpers atau scammers.
"Seperti yang KA cakap sebelum ni, betulkan niat nak membeli. Tapi kalau ada yang nak cancel sebab perlukan duit tu, takpe boleh je cancel. Mereka tak rugi, KA pun tak rugi sebab stock tu boleh dijual balik.
"Sekarang, ramai yang tanya bila nak restock. KA harap explanation ni jelas untuk semua. KA bukan nak berniaga untuk launching sahaja.
"Saya nak berniaga lama dan sangat pentingkan keberkatan berniaga, satisfaction customers dan juga kualiti product yang kita keluarkan. Semoga perniagaan dan jual beli kita semua diberkati," kongsinya.
Baru-baru ini, jutawan muda itu membuat kejutan apabila Rendang Daging Nyet Berapi, mencatat jualan sebanyak RM1.2 juta hanya dalam masa 30 saat selepas dilancarkan.
Manakala jualan kedua juga merekodkan masa pantas iaitu 48 saat untuk 30,000 paket produk berkenaan habis terjual. Ia menjadikan jualan Rendang Nyet Berapi mencecah RM1.8 juta!
Sumber: Thread
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
