Sejarah tercipta! Izzuddin anak Orang Asli pertama hafal 30 juzuk al-Quran, 5 jam redah hutan ke sekolah penguat semangat

No Image Caption
A
A
A

TAHNIAH buat pelajar Tingkatan Empat, Muhammad Izzuddin Hasmadi, 16, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tok Bachok ini. Siapa sangka, perjalanan lima jam meredah hutan setiap pulang ke rumah menjadi pembakar semangat untuk menghabiskan hafalan 30 juzuk al-Quran. Bukan mudah, tapi berkat usaha, disiplin dan semangat yang kuat, impian yang dulunya nampak jauh kini jadi nyata.

Pelajar Tingkatan Empat daripada suku kaum Temiar, Pos Balar, Gua Musang itu menerima Anugerah Ibnu Qayyim  muncul sebagai anak Orang Asli pertama yang berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran dalam aliran Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di  Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Bachok.

No Image Caption

Mengambil masa selama empat tahun untuk menghafal kitab suci itu, bagi Izzuddin, menghafal 30 juzuk bukanlah kemuncak, sebaliknya menjaga dan mengingati ayat-ayat suci itu sepanjang hayat adalah cabaran sebenar. 

Dalam usaha menghafal, anak keenam daripada sembilan beradik itu sangat menjaga pemakanan dan mempunyai cara tersendiri agar kekal fokus. 

“Sepanjang proses ini saya elak makan benda masam dan makanan segera serta banyak meluangkan masa pada waktu malam untuk menghafal.

No Image Caption

“Minat terhadap al-Quran timbul sejak berusia 11 tahun ketika belajar di SK Balar selepas menyertai tilawah. 

Artikel Berkaitan:

"Alhamdulillah, hasil bimbingan guru di sana, minat kepada al-Quran semakin berputik,” katanya kepada pemberita pada Majlis Khatam Hafazan al-Quran Perdana SMK Agama Tok Bachok, Khamis.

Remaja yang bercita-cita menjadi seorang jurutera itu menjadikan bapa, Hasmadi Ghazali, 47, ibunya, Norsiah Along, 49, guru-guru dan rakan-rakan sebagai pembakar semangatnya hingga dia tekad untuk tidak menyerah.

No Image Caption

Katanya lagi, setiap kali mengalami  kesukaran untuk menghafal, dia segera mengingati perit jerih yang ditempuh.

Untuk hadir ke sekolah yang terletak di daerah Bachok, Muhammad Izzuddin perlu menempuh perjalanan lebih lima jam menaiki kereta meredah hutan dari Pos Balar ke Gua Musang, sebelum menyambung lagi baki empat jam menggunakan jalan raya untuk tiba di asrama.

Pada masa yang sama, bapa, Hasmadi yang bertugas sebagai guru pendidikan Islam di Selangor berkata cahaya mata keenamnya itu adalah yang pertama dalam keluarga bergelar hafiz al-Quran.

No Image Caption

“Alhamdulillah saya dan ibunya bersyukur serta berterima kasih kepada semua guru dan ibu saudaranya yang banyak membantu urusan Muhammad Izzuddin sepanjang belajar di sini.

“Harapan kami agar dia dapat meneruskan usaha ini dan menjadi contoh serta pembakar semangat kepada anak Orang Asli lain,” katanya.

No Image Caption

Hasmadi memaklumkan dalam sembilan anaknya yang berusia 36 hingga 11 tahun , ada sudah bekerja di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), tentera dan anggota polis. 

Manakala dua masih menuntut di Universiti Islam Selangor, selebihnya masih belajar di sekolah menengah dan rendah.

Sumber: Sinar Harian

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang