Selepas 7 tahun 'influencer muka gangster' peluk Islam, kini giliran ibu lafaz syahadah. 'Hebat kuasa ALLAH, hidayah milik-MU'
TENTU ramai masih ingat akan pemuda yang pernah tular memeluk Islam, Muhammad Mikhael Sathayah, yang sentiasa mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada ibunda tercinta.
Selepas tujuh tahun bergelar mualaf, pemilik akaun TikTok @mukagengster itu hari ini berkongsi detik bermakna ibunya ibu, M Muniamah, 75, pula memeluk Islam.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman sosial, wanita yang yang digelar 'mak titew' melafazkan dua kalimah syahadah dengan bantuan pembimbing dan disaksikan Muhammad Mikhael serta isteri.

"Alhamdulillah. Akhirnya Mak Titew...Sesungguhnya hidayah itu milik ALLAH.
"Hebat kuasa ALLAH. Saat ini rasa macam mimpi. Terima kasih ALLAH," titipnya.
Selesai proses berkenaan, Muniamah dilihat memberikan ciuman di pipi Muhammad Mikhael dan memeluk menantunya.
Detik penuh emosi itu membuatkan ramai warga maya tidak dapat menahan air mata.
Artikel berkaitan
- Muka persis gangster tapi anak mak, ini kisah Muhammad Mikhael Sathayah memeluk Islam
- 'Muka gangster' Muhammad Mikhael Sathayah naik pelamin, tema merah jambu jadi perhatian. 'Saya terima nikahnya Murni Azwa...'

Ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah dan rasa syukur, malah ramai berkongsi bahawa mereka turut terinspirasi dengan kasih antara seorang anak dan ibu berbeza agama yang akhirnya disatukan oleh hidayah Ilahi.

Terdahulu, SinarPlus pernah berkongsi kisah penghijrahan Muhammad Mikhael yang sering membawa ibunya ke mana sahaja dan kasih sayang serta sokongan tidak berbelah bahagi daripada wanita itu sejak hari pertama beliau memeluk Islam.
Kasih sayang anak berjiwa lembut itu terhadap ibunya begitu mendalam hingga sanggup membeli rumah bersebelahan kediaman ratu hatinya semata-mata untuk tetap dekat.
Meskipun berlainan agama ketika itu, Muniamah tidak pernah jemu memberikan sokongan, malah menghadiahkan kelengkapan solat buat Muhammad Mikhael dan sanggup menunggu di luar masjid setiap kali anaknya menunaikan solat berjemaah.
Sumber: TikTok
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
