Seolah tahu akan pergi, Syahirah sempat siapkan baju raya suami, hadiahkan potret keluarga, majlis sambut menantu tak kesampaian
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/11/thumbs/900x900/3003845.jpg)
KISAH pilu pengantin baharu, Muhamad Syahmi Zulkifli, 27, yang kehilangan isteri tercinta, pempengaruh Nur Syahirah Saufi, 28, atau lebih dikenali sebagai SchaYang meruntun hati warganet.
Hanya berpeluang bergelar isteri selama lapan hari, Nur Syahirah yang meninggal dunia akibat sesak nafas sempat menyediakan sepasang baju Melayu untuk dipakai suaminya semasa Aidilfitri nanti.
Lapor Sinar Harian, arwah turut membuat kejutan semasa berbulan madu apabila menghadiahkan potret berempat bersama arwah ibu bapa mentua yang telah lama meninggal dunia dan suami.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/11/3003844.jpg)
"Apabila diingat kembali, dia seperti tahu akan pergi. Hanya baju Melayu buat saya disiapkan, untuknya tiada.
"Begitu juga dengan potret, arwah ada minta gambar arwah mak dan ayah saya sebelum ini. Tetapi tidak sangka ia dipotretkan dan dijadikan hadiah kepada saya," kata Muhammad Syahmi.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/11/3003842.jpg)
Lebih memilukan, Syawal ini sepatutnya majlis menyambut menantu berlangsung di Terengganu, namun ia tidak kesampaian.
Dalam perkembangan berkaitan, lelaki itu memberitahu akan menyerahkan pencen penakat PERKESO berjumlah RM470 sebulan kepada ibu mentuanya.
"Memang niat saya untuk buat sedekah kepada arwah dan walaupun isteri sudah tiada namun hubungan di antara mentua sentiasa terjalin," katanya.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/11/3003843.jpg)
Terdahulu, Syahirah dan Muhamad Syahmi menjadi perhatian warganet selepas video majlis perkahwinan mereka tular.
Syahirah berketinggian 186 sentimeter manakala n Muhamad Syahmi pula berketinggian 195 sentimeter digelar pengantin 'Menara Berkembar Petronas.'
Media melaporkan wanita itu meninggal dunia jam 11.30 malam pada 6 Februari lalu di rumahnya di Pengkalan Datu, Kota Bharu selepas berkahwin pada pada 30 Januari lalu.
Sumber: Sinar Harian
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang