Sikit-sikit tertekan! Ini 7 sebab kenapa remaja sekarang lebih mudah alami gangguan emosi yang ibu bapa tak perasan
REMAJA hari ini lebih bermain dengan emosi jauh berbeza berbanding generasi sebelumnya.
Dalam era serba moden kini, tekanan tidak lagi berpunca hanya daripada situasi besar, tetapi turut dipengaruhi oleh perkara-perkara kecil yang sering dianggap remeh.
Tanpa sokongan dan panduan yang sesuai, mereka semakin terdedah kepada risiko tekanan emosi yang boleh memberi kesan mendalam kepada perkembangan diri dan masa depan mereka.
Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, ibu bapa harus buat sesuatu. Ambil tahu punca mereka berbuat sedemikian.
Pakar psikiatri, Dr Rozanizam Zakaria ada berkongsi di Facebook beliau 7 sebab remaja kini mudah alami tekanan emosi. Antaranya:
1. Media sosial dan Gajet - jadi escape world mereka untuk masalah emosi seharian (bosan, marah, sunyi, sedih) menyebabkan peluang untuk belajar menghadapi tekanan tiada. Media sosial pula membentuk perspektif yang palsu tentang dunia sebenar.
2. Ibubapa dan expectation/pujian yang tidak realistik - tekanan untuk anak-anak merealisasikan expectation tersebut
3. Ibubapa (dan anak) terperangkap dengan perlumbaan - siapa paling banyak A's, paling pandai berenang, paling pandai muzik, pandai robotik, pandai bersukan.
4. Anak tidak diajar (dan belajar) bagaimana urus emosi - alam sekolah yang adakalanya tidak menyediakan mereka dengan bentuk tekanan yang akan dihadapi pada fasa hidup yang mendatang. Dari perkara yang simple (bagaimana nak relax) kepada yang lebih komplek (bagaimana urus kewangan, rumahtangga, kerjaya)
5. Ibubapa jadi protector, dan bukan leader - micromanage anak, dari tolong salinkan jadual, pakaikan tie, sehinggalah bagaimana nak deal dengan kawan sekolah. Ibubapa attach wire pada anak untuk control walaupun anak bukan depan mata.
6. Ibubapa 'out of guilt' dan bukan maklumat - contoh, bagi anak main gajet berlebihan sebab kita pun nak main phone sama. Belikan anak semua yang anak nak sebab rasa bersalah selalu tak ada. Akhirnya kita jadi reaktif dan bukan proaktif.
7. Kanak-kanak hilang masa bermain - kita lupa betapa banyaknya nilai hidup anak dapat dari bermain. Tau tak kalau anak main congkak pun (hypothetical), anak belajar - tunggu giliran, motor halus, fokus, kira, strategi, komunikasi dan banyak lagi. Tapi, mana ada budak main congkak lagi dah kan...
Dari atas sampai bawah, semua sebenarnya highly modifieable. Ia bukan faktor zaman atau generasi sangat, tapi faktor manusia. Jadi kitalah yang akan mengubahnya.
Kita sendiri tak praktikkan cara kita dulu dengan mereka sekarang. Masih tidak terlambat untuk perbaiki semula.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang