SinarPlus galak hidup sihat dan aktif- Dari pemeriksaan kesihatan hingga happy hour!
KARNIVALSiang Malam Karangkraf baru-baru ini membuktikan kehebatannya apabila berjaya menarik lebih 200,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.
Bertemakan “Galau Jadi Ngigau”, acara gilang-gemilang yang berlangsung di Dataran Karangkraf, Shah Alam itu menjadi tumpuan segenap lapisan masyarakat.
Daripada kanak-kanak kecil hingga warga emas, semua hadir untuk merasai sendiri kemeriahan karnival yang diisi dengan pelbagai aktiviti menarik.

Reruai SinarPlus turut menjadi antara tarikan utama dengan pelbagai program interaktif dan bermanfaat sepanjang karnival.
Pada hari pertama, Jumaat 25 Julai, acara dimulakan dengan pemeriksaan kesihatan percuma oleh Klinik Kesihatan Seksyen 19 Shah Alam.
Ramai pengunjung mengambil peluang untuk menjalani pemeriksaan awal pagi sebagai langkah penjagaan kesihatan yang penting.
Selain itu, pelbagai aktiviti santai turut dijalankan seperti permainan ‘susun cup paling pantas’ dan sesi happy hour yang diserikan dengan cabaran Like, Share & Follow media sosial SinarPlus.
Pada sebelah petang, giliran Columbia Asia Hospital Bukit Rimau mengambil alih slot pemeriksaan kesihatan.
Ketika itu, reruai SinarPlus terus dimeriahkan dengan permainan unik seperti ‘pancing buah dan sayur sambil tutup mata’ yang mengundang gelak tawa para pengunjung.
Aktiviti permainan diteruskan dan menjadi rebutan kerana hadiah menarik menanti pemenang bertuah.

Hari Sabtu 26 Julai pula menyaksikan fokus diberikan kepada kesihatan mental menerusi kerjasama bersama Yayasan Kebajikan Negara.
Sesi kaunseling santai tentang kesihatan mental dijalankan bagi memberi ruang kepada pengunjung menimba ilmu serta berkongsi isu berkaitan emosi dan kesejahteraan diri.
Untuk menceriakan suasana, permainan seperti ‘pancing jajan paling banyak’ serta cabaran Like & Share diteruskan dengan sambutan yang cukup memberangsangkan.

Menjelang petang, reruai tersebut menjadi tumpuan apabila berlangsungnya cabaran menentang Juara Stacking Cup cilik, Adik Mikaeel Shahreel.
Pengunjung diberi peluang untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam permainan susun gelas pantas.
Keterujaan jelas terpancar pada wajah mereka yang menyahut cabaran ini sambil berharap membawa pulang hadiah yang ditawarkan.

Karnival diteruskan ke hari terakhir pada Ahad, 27 Julai dengan lebih banyak program kesihatan dan hiburan.
Bermula jam 9 pagi, pemeriksaan kesihatan serta suntikan vaksin influenza percuma untuk warga emas dijalankan oleh Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam.
Cipta kenangan manis
Usaha ini amat dihargai memandangkan ia memberikan manfaat terus kepada golongan berisiko.
Pada masa yang sama, pertandingan Riuh Rewang anjuran Mahsuri dengan kerjasama SinarPlus berlangsung menyaksikan penyertaan 10 kumpulan yang mempersembahkan semangat gotong-royong dalam suasana penuh ceria.
Pada sebelah petang, tumpuan beralih kepada segmen kecantikan menerusi Demo Mekap LIVE oleh Persatuan Jurusolek Bumiputera Malaysia (MBMUAA). Ramai yang terpesona melihat trik solekan dilakukan secara langsung oleh jurusolek profesional.

Menariknya, sesi tersebut turut membawa mesej amal menerusi kempen ‘Sambil Cantik, Sambil Menderma’.
Secara keseluruhan, karnival edisi kali ini bukan sahaja mencipta kenangan manis buat pengunjung, malah menyemarakkan lagi semangat kekeluargaan, kesihatan, kesejahteraan dan hiburan dalam satu pakej yang lengkap.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

