‘Staf baik & setia, hadiah birthday terbesar saya' - Khairul Aming belanja 100 pekerja staycation lima bintang, duit poket & dinner wagyu

No Image Caption
A
A
A

BERTUAH! Setiap tahun pempengaruh dan usahawan Khairul Aming tidak pernah lupa memberikan penghargaan buat pekerjanya.

Kali ini bukan tentang bonus atau duit raya, tetapi 100 orang stafnya dibawa jalan-jalan bercuti di Kuala Lumpur dengan duit poket dan ditaja penuh sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-33 pada 25 September lalu.

Paling best, khabarnya para kaki tangan dua kilang di Kota Bharu itu dibawa makan makan daging wagyu gred terbaik, A5 dan menginap di suite hotel lima bintang!

Dalam pada itu, beliau yang merupakan penerima anugerah bagi kategori Usahawan/Teknokrat Berjaya Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan baru-baru ini menyifatkan kakitangan baik adalah hadiah terbesar ulang tahun kelahirannya.

No Image Caption

"Percutian staff Khairulaming 2025. Ini percutian terbesar kita buat untuk 100 staf di Kuala Lumpur. 

"Semua dapat bilik hotel suite  lima bintang, makan malam A5 wagyu, Splashmania, Wild Life tour, private Hop On Hop Off ride, Aquaria KLCC, berlumba Go Kart, main VR games, indoor themepark,shopping di TRX, Bukit Bintang dan Central Market. Duit poket disediakan untuk membeli-belah.

"Dapat staf yang baik dan setia macam ni adalah hadiah hari jadi terbesar untuk saya. Selamat hari jadi yang ke-33 wahai Khairulaming,"  titipnya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Khairul Aming yang terkenal dengan Sambal Nyet, Dendeng Nyet dan Rendang Nyet Berapi menerima pujian warganet. Rata-rata mendoakan usahawan itu murah rezeki, malah tidak kurang yang berseloroh mahu menjadi salah seorang kaki tangannya.

"Mahu jadi salah seorang kakitangan Khairul Aming please. Majikan idaman"

"Tidak pernah kedekut dengan staf. Moga bertambah rezeki Khairul Aming lepas ni."

"Memang kena sangat dengan gelaran Usahawan/Teknokrat Berjaya. Majikan bijak dan influencer contoh."

"Allahumma baarik mewah rezeki KA treat staff sebegini sekali. Moga terus diberkati and maju!

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang