Taja 20 Pasangan asnaf & mualaf baju pengantin sempena Akad 40, pemilik jenama baju Melayu belanja pakej honeymoon percuma ke Bali

No Image Caption
A
A
A

JENAMA baju Melayu ternama, Bulan Bintang berbangga dapat menaja busana pengantin 20 pasangan asnaf dan yang kurang berkemampuan dalam program Tanyalah Ustaz: Akad 40 yang bersiaran pada di TV3, Sabtu lalu.

40 pengantin ini terdiri daripada golongan asnaf, kurang berkemampuan dan mualaf yang masih menjinakkan diri untuk mempelajari tentang agama Islam telah diraikan dalam sebuah majlis akad nikah yang istimewa pada 25 Mei lalu di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

No Image Caption



No Image Caption

Menurut pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi Azmi atau mesra disapa Meri, jenama itu gembira dapat menjadi sebahagian daripada detik penting 20 pasangan yang mendirikan mahligai bahagia mereka di majlis terbabit.

“Syukur Alhamdulillah, kami gembira dan berbesar hati dapat memberikan sumbangan terhadap 40 pengantin ini. Semua pasangan ini menggayakan koleksi pengantin terbaharu Bulan Bintang With Love (BBWL).

No Image Caption

“Kami difahamkan 40 pengantin ini terdiri daripada golongan asnaf, kurang berkemampuan dan mualaf yang masih menjinakkan diri untuk mempelajari tentang agama Islam, jadi kami rasa bersyukur dapat berkongsi rezeki dengan mereka.

“Ini hanya sumbangan kecil jenama Bulan Bintang kepada mereka yang memerlukan dan kami gembira dapat menghulurkan bantuan. Semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat,” kata Meri.

No Image Caption

Dalam pada itu, bersempena koleksi busana pengantin BBWL, Bulan Bintang berbesar hati menaja percutian bulan madu untuk pasangan bertuah ke Bali!

Dengan pembelian pakej busana pengantin lelaki dan wanita BBWL koleksi Adeline, ⁠Alessia, ⁠Elaina dan Fionna, anda layak menyertai pertandingan ini dan berpeluang memenangi percutian bulan madu 3 hari 2 malam di Nyuh Bali Villas beserta tiket penerbangan pergi dan balik!

No Image Caption



Berikut merupakan syarat penyertaan:

1. Satu penyertaan bagi setiap pembelian Bridal Package Bulan Bintang.

2. Anda wajib ikuti semua akaun media sosial Bulan Bintang dan jadi pengguna yang aktif

3. Anda wajib memuat naik satu hantaran bersama kotak Bridal Bulan Bintang mengikut kreativiti di akaun media sosial peribadi dan tag Bulan Bintang HQ di Instagram Story / TikTok berserta hashtag : #BulanBintangWithLove #BulanBintangBridalCollection

4. Anda wajib screenshot bukti hantaran selepas 24 jam untuk dimuat naik di Google Form.

5. Anda WAJIB mengisi Google Form menerusi pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSek3Eej0U1_Ng7nsgecTVbOTZFY3hoxT_5Spz6eAlTigr7lRw/viewform dan isi semua butiran yang berkenaan bagi melayakkan penyertaan.

6. Resit pembelian, kupon penyertaan dan kotak pakaian wajib disimpan sebagai bukti penebusan.

7. Pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2024. Sila ikuti perkembangan dari akaun media sosial rasmi Bulan Bintang untuk maklumat lanjut.

8. Keputusan adalah mutlak dan pihak Bulan Bintang berhak untuk membuat perubahan kepada terma dan syarat ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang