'Tak sangka itu tempatnya hela nafas terakhir.' Kronologi Zara Qairina terjatuh tingkat 3, video kongsi kelebihan tinggal di asrama runtun hati

No Image Caption
A
A
A

KESEDIHAN menyelubungi rakyat Malaysia apabila berita kematian tragis seorang pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, 13, tersebar luas. 

Insiden menyayat hati itu berlaku di sebuah sekolah agama di Papar, Sabah, apabila remaja perempuan itu dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama.

Lebih daripada sekadar laporan kemalangan biasa, kejadian itu membuka ruang kepada pelbagai persoalan tentang keselamatan pelajar di institusi pendidikan, tanggungjawab pihak pentadbiran dan yang paling utama, hak kanak-kanak untuk berada dalam persekitaran yang selamat dan berperikemanusiaan.

Tatkala keluarga, rakan dan masyarakat bergelut menerima kehilangan ini, satu gelombang solidariti dan desakan keadilan mula tercetus. Ramai mahu tahu bagaimana kejadian ini boleh berlaku dan adakah ia benar-benar sekadar satu 'kemalangan'?

Berikut kronologi kes Zara Qairina.

16 Julai 2025 (Rabu)

Jam 3 pagi

-Zara Qairina ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran bangunan asrama perempuan (tingkat tiga).

Artikel Berkaitan:

-Kejadian berlaku ketika kebanyakan pelajar lain masih berjaga.

-Tiada jeritan, tiada saksi, dan tiada kamera litar tertutup (CCTV) disahkan di lokasi.

Jam 8.16 pagi

-Polis menerima laporan berkaitan penemuan pelajar tersebut.

-Laporan menyatakan mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

-Kecederaan dalaman dilaporkan sangat serius.

-Waris dimaklumkan Zara koma, dengan kaki dan tangan patah.

No Image Caption

17 Julai 2025 (Khamis)

-Waris membuat keputusan menghentikan bantuan hayat selepas doktor sahkan tiada lagi fungsi otak.

-Laporan polis rasmi dibuat oleh waris kedua yang tiba dari Kuala Lumpur.

-Jenazah Zara disolatkan dan dikebumikan di kampung halaman di Kampung Kalamauh Mesapol, Sipitang.

18 Julai (Jumaat)

-Pemergian Zara mulai tular di media sosial yang turut mendakwa ada kaitan buli.

-Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam hantaran di FB menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap insiden buli yang didakwa berlaku

-Menteri KPM, Fadhlina Sidek dalam hantaran di FB memaklumkan siasatan masih dijalankan oleh pihak polis

-Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun mengesahkan kejadian.

-Polis keluarkan kenyataan berhubung kejadian tersebut.

-Satu hantaran di media sosial TikTok dipercayai ditulis oleh ibu Zara Qairina meluahkan kekecewaan mengenai apa yang menimpa anaknya.

19 Julai 2025 (Sabtu)

-Noraidah Lamat, 43, (ibu) menyatakan kehilangan Zara Qairina meninggalkan kesan mendalam kepadanya

20 Julai 2025 (Ahad)

-Waris hadir ke IPD Papar untuk membuat laporan tambahan mengenai tindakan pengetua menghalang laporan awal.

-Waris juga menghantar surat rasmi kepada pihak sekolah menuntut penjelasan kejadian

21 Julai 2025 (Isnin)

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco pendidikan, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif telah menziarah Noraidah di kediamannya di Kampung Kalamauh Mesapol, Sipitang.

-Noraidah dalam pada itu mahu tiada sebarang perkara disembunyikan dalam siasatan berhubung insiden yang menimpa Zara Qairina.

24 Julai 2025 (Khamis)

-Gelombang solidariti terhadap Zara Qairina menggunakan tanda pagar #JusticeForZara

-Solidariti itu susulan pendedahan daripada individu yang mendakwa sebagai ahli keluarga Allahyarham Zara Qairina dan hantaran melalui FB telah dikongsikan oleh pengguna media sosial

25 Julai 2025 (Jumaat)

-KPM beri jaminan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan kepada hasil siasatan polis berhubung kematian Zara Qairina.

26 Julai 2025 (Sabtu)

- KPM sekali lagi beri jaminan bahawa siasatan berhubung kematian Zara Qairina dijalankan secara telus dan adil.

No Image Caption

SERONOK TINGGAL DI ASRAMA

Baru-baru ini, tular di laman sosial Facebook sebuah lagi video memaparkan Allahyarham bersemangat berkongsi pengalaman manisnya tinggal di asrama.

Dimuat naik  pengguna Facebook, Muhammad Syazwan, video berdurasi 40 saat itu memaparkan Allahyarham bersemangat berkongsi pengalaman manisnya tinggal di asrama.

"Niatnya cuma nak cerita betapa indahnya hidup di asrama. Tak sangka, di situlah tempat terakhir dia menghela nafas," kongsinya.

Anak tunggal dalam keluarga itu menyenaraikan kebaikan-kebaikan tinggal di asrama seperti meningkatkan disiplin diri, belajar berdikari, melatih kerjasama, bijak mengurus masa, dapat mengulangkaji pelajaran dengan tenang serta memupuk rasa hormat antara rakan.

Video berkenaan yang tular mengundang reaksi sayu dalam kalangan warga maya yang terus menzahirkan rasa simpati dan mendoakan kematian remaja itu menerima pembelaan sewajarnya.

Terdahulu Zara isahkan meninggal dunia keesokan harinya ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) susulan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama.

Tanda tagar #JusticeForZara menjadi tular yang mana dicetuskan oleh pihak yang menggesa agar siasatan dijalankan secara telus dan menyeluruh.

Ibunya, Noraidah Lamat, 45, menzahirkan harapan kematian puterinya terbela tanpa sebarang perkara disembunyikan dalam proses siasatan.

Kes tersebut kini masih dalam siasatan pihak polis dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khususnya turut menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Sumber: Sinar Harian, Facebook

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang