‘Tanggalkan lencana kalau Bahasa Melayu merosot, cikgu tanya cakap papa...' Perkongsian ayah berbangsa Cina ini raih perhatian warganet

No Image Caption
A
A
A

KEBELAKANGAN ini hangat diperkatakan tentang isu melibatkan bangsa ibarat nila setitik rosak susu sebelanga.

Walaupun kita diberikan kebebasan bersuara namun janganlah salah menggunakannya hingga boleh mengganggu keharmonian negara.

Di sebalik kekecohan yang berlaku ini, terpandang status menarik yang dimuat naik oleh seorang bapa berbangsa Cina, Ng Chee Kean, di akaun Facebook miliknya. Ucapan yang dibuat khusus untuk kedua-dua orang anaknya ini menarik perhatian warganet.

No Image Caption

“Hari ini hari pertama Upin Ipin pakai lencana Jalur Gemilang. Papa sudah set beberapa syarat bila Jalur Gemilang ada di dada kita. Pertama sekali, tak boleh bagi kotor dan tak boleh sentuh lantai. Baju sekolah tidak boleh dibuang merata di dalam rumah.

“Bila ada Jalur Gemilang di dada, keutamaan bahasa akan diberikan kepada Bahasa Melayu. Bila pergi beli makanan di kantin dan jumpa mak cik atau pak cik berbangsa Cina, semua wajib guna Bahasa Melayu. Bagi ucapan dan salam pun dalam Bahasa Melayu walaupun bila jumpa kawan-kawan di sekolah kebangsaan Cina.

“Bahasa Melayu awak perlu bertambah baik. Jika merosot, saya akan tanggalkan lencana. Nanti cikgu awak mungkin akan bertanya, Horace dan Howie, di mana lencana awak? Awak boleh jawab papa tanggalkan sebab Bahasa Melayu saya kurang baik. Saya boleh jumpa guru besar sekolah jika perlu,” katanya.

Tambahnya lagi kepada anak-anaknya supaya setiap syarat yang diberikan perlu dipegang dan dilaksanakan.

Bukan sekadar pakai lencana sahaja seperti tiada makna. Perlu tahu hikmah dan tanggungjawab sebagai seorang murid di sekolah kebangsaan.

Perkongsian tersebut mendapat komen yang positif daripada netizen. Malah, lebih 600 orang kongsikan semula hantaran tersebut dalam masa tiga jam selepas dimuat naik.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang