Terfikir mahu gugurkan kandungan, Shahida tersentak nasihat doktor. 'Rezeki anak tak nak, tapi duit dikejar-kejar'

No Image Caption
A
A
A

ANAK bukan sahaja anugerah dan amanah ALLAH SWT kepada ibu bapa, malah pembawa rezeki untuk keluarga.

Baru-baru ini, usahawan terkenal, Datin Seri Shahida mendedahkan, beliau pernah terfikir untuk menggugurkan kandungannya.

Akui beliau, ketika itu dia disahkan hamil anak ketiga iaitu Ibrahim Adham ketika sedang di fasa kehidupan yang sukar.

"Ketika itu kami baru sahaja memulakan perniagaan dan sangat susah dengan anak-anak yang masih kecil lagi.

"Tiba-tiba saya disahkan mengandung, Baim itu kami tak rancang tapi ‘excident’. Ketika itu, saya pula sedang menyusukan Qadeja dan memang tak datang bulan selama setahun.

"Kandungan waktu itu sudah tiga bulan, tetapi saya tak tahu sedang mengandung. Bila tahu, dunia rasa gelap gelita," kata beliau menerusi siaran langsung di Tiktok.

No Image Caption

Shahida atau nama sebenarnya Nur Shahida Mohd. Rashid yang berfikir untuk menggugurkan kandungannya itu seakan-akan menerima tamparan setelah mendengar ayat doktor yang dijumpainya.

"Saya pergi ke klinik untuk buat pemeriksaan. Ketika itu saya muda dan tak ada ilmu, saya tanya doktor, ‘boleh tak kalau saya nak gugurkan kandungan ini?

"Saya masih ingat sampai sekarang kata doktor itu, awak adalah manusia yang tak reti bersyukur, orang lain tak ada anak buat macam-macam nak dapatkan zuriat tapi inilah manusia. Rezeki anak tak nak, tapi rezeki duit dikejar-kejar," tambah beliau.

Disebabkan itu, beliau yang juga isteri kepada usahawan Datuk Aliff Syukri itu tersedar dengan kesilapan dirinya bertaubat dan menjaga kandungan itu sebaiknya.

Hikmah disebalik kelahiran Baim itu juga, mereka lebih dikenali dan rezeki yang datang juga mengalir sehingga kini.

"Saya terus tersentak dan banyak kali buat solat taubat kerana berfikiran seperti itu.

"Selepas itu saya berubah, saya mula beli ubat, supplemen, minum susu untuk betul-betul jaga kandungan.

No Image Caption

"Di hujung fasa kehamilan saya dan selepas kelahiran Baim, mencanak-canak rezeki. Ketika itulah ramai orang mengenali jenama Dherbs.

"Lahir sahaja Baim, kami boleh beli kereta Ferrari dan banglo.

"Jadi jangan tolak rezeki anak, kadang-kadang kita tak sedar itulah rezeki yang Allah nak beri. Sampai sekarang rezeki anak itu tak putus-putus", ujar beliau.

Maka betullah, anak itu sumber rezeki ibu ayah. Jangan rasa menyesal dan menganggap dengan kedatangan zuriat itu sebagai beban ya.

iframe src="https://geo.dailymotion.com/player.html?video=x9dlsda" style="width:100%; height:100%; position:absolute; left:0px; top:0px; overflow:hidden; border:none;" allowfullscreen title="Dailymotion Video Player" allow="web-share">

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang