Terharu! Anak istimewa hadiahkan ibu bouquet bunga buatan sendiri. 'cikgu cakap kena bagi orang yang kita sayang'
Anak-anak bukan sahaja pembawa rezeki, malah pengikat kasih sayang antara suami isteri. Sedari kecil, anak-anak diberi perhatian penuh dan ditatang bagai minyak yang penuh oleh ibu bapa.
Lebih bermakna apabila si anak membalas kembali rasa sayang buat ibunya. Sekali gus mengundang rasa sebak selain hati wanita itu turut berbunga-bunga.
Itulah yang dirasai oleh Sophia Hann yang memuat naik satu hantaran di TikTok yang mana anaknya, Ahnaf Aydeen telah memberinya sebuah bouquet bunga.
Difahamkan, bunga mawar yang diberikan oleh anaknya yang mengalami sindrom Apert iaitu sejenis mutasi kepada genetik, antara penyakit yang jarang ditemui di dunia itu hasil daripada aktiviti di sekolah.
“Cikgu cakap kena bagi dekat orang yang kita sayang,” kata anak syurga itu selepas disoal ibunya.
@sopheahann Hari ni kat sekolah buat bouquet Thank you anak soleh Mama #AhnafAydeen#GoodAhnaf#ApertHero#ApertSyndrome#TuahAhnaf You to Me Are Everything - Acoustic - Plamina
Meninjau ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa terharu apabila melihat dan mendengar ayat yang dikeluarkan oleh kanak-kanak itu. Tidak kurang yang jatuh kagum melihat Ahnaf pandai menghargai ibunya walaupun tidak sempurna seperti kanak-kanak lain.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang