Terubat rindu! Luah hasrat nak peluk dan cium arwah abah, sekelip mata jumpa pakcik 'pelanduk dua serupa'

No Image Caption
A
A
A

SEDANGKAN yang masih hidup dan duduk berjauhan pun tak mampu nak bendung rasa rindu. Inikan pula kalau sudah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Hanya doa dan kenangan yang mampu mengubati rasa rindu di jiwa, kan.

Itulah luahan hati seorang lelaki yang merindui ayahnya yang telah pergi meninggalkan mereka sekeluarga. Beliau juga menyatakan hasratnya untuk memeluk dan mencium individu yang paling bermakna dalam hidupnya itu kepada adik-beradik lain.

Namun siapa sangka, hasratnya seperti didengari dan kerinduan itu akhirnya terubat setelah mereka sekeluarga berjumpa dengan seseorang yang wajahnya salin tak tumpah seperti ayahnya.

Kejadian berlaku di lapangan terbang ketika mereka sekeluarga ingin menjemput ibu pulang dari mengerjakan ibadah Haji.

"Siang tadi lepas jumaat Akim cakap rindu arwah abah, nak cium abah..dengan tak disangka masa kami jemput mak balik dari haji kakak ipar tenampak muka sebiji arwah abah, terus panggil Akim suruh tengok.

"Alhamdulilah, mungkin doa dia tadi ALLAH dah angkat. Terima kasih Ya ALLAH, hilangkan sedikit rindu kami pada arwah. Terima kasih pak cik melayan kerenah kami semua, bagi Akim peluk cium pak cik" tulisnya dalam satu perkongsian di TikTok miliknya.

No Image Caption

Dalam pada itu, dalam perkongsian lain oleh pengguna bernama cik_kila_08, beliau turut memuat naik wajah ayah mereka dan ternyata kedua-dua individu tersebut sama seperti pelanduk dua serupa.

Rata-rata warganet yang menonton video tersebut juga mengakui kesamaan wajah kedua-duanya dan yang membezakan mereka hanyalah tahi lalat.

No Image Caption

@cik_kila_08 siang tadi lepas jumaat akim cakap dia rindu arwah abah dia rindu nk cium abah..dgn xdisangka masa kami jemput mak balik dari haji kakak ipar tenampak muka sebijik arwah abah..terus panggil akim suruh tengok..alhmdulilah mgkn doa dia tadi allah angkat.terimakasih ya allah hilang kn sedikit rindu kami pada arwah.. terimakasih pakcik melayan kerenah kami semua..bg akim peluk cium pakcik...#rinduyangtiadaberpenghujung#bahagiaitusederhana#bahagiacarakita#gilaxsayang#kitacarikawanbukanlawan#kelindanabamkargo original sound - Aki Seruling - AKI Seruling

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang