'Tolonglah kuatkan keluarga.' L​​​ori langgar motosikal, rempuh gerai dan pagar masjid, seorang lelaki maut

No Image Caption
A
A
A

TULAR di laman sosial video memaparkan kemalangan tragis membabitkan sebuah lori. Lebih menyedihkan, seorang dipenunggang motosikal maut dirempuh!

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 1.36 petang.

"Kemalangan membabitkan sebuah lori yang melanggar motosikal dan merempuh gerai penjaja serta pagar masjid.

"Lelaki tempatan berusia 30 tahun tersepit di bawah lori dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya.

Mangsa kemudian berjaya dikeluarkan pada jam 1.44 tengah hari.

No Image Caption

Bagaimanapun katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mayat telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, adik mangsa dikenali sebagai Subaihah Rabanie menerusi Facebook meluahkan kehilangan.

Artikel Berkaitan:

Sedih dengan pemergian mangsa, beliau menerusi laman sosial Facebook mengharapkan dititip semangat menempuhi waktu yang sukar

"Tolonglah kuatkan keluargamu dan juga keluargaku," kongsinya.

Hantaran Suhaibah turut menerima ucapan takziah dan kata-kata semangat daripada warga maya.

"Allahuakbar, semoga ditempatkan dikalangan orang beriman dan beramal soleh. Salam takziah."

"Al-Fatihah, semoga arwah di tempat dalam kalangan orang-orang beriman."

Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan.

Sumber: Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang