Tragedi bot karam: Guru kongsi catatan pilu tiga mangsa, sekelas berjuraian air mata. 'Cikgu, kita nak letak tidak hadir atau...'
INSIDEN bot karam di Sungai Kayan, Lundu, Kuching cukup menyayat hati.
Tiada siapa menyangka rutin tiga sekawan menaiki bot yang merupakan pengangkutan utama mereka ke sekolah bertukar tragedi yang meragut nyawa.
Tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Senibong, Helena Fasha Petrus, 17, Vilkie Wilson, 15, dan Alasma Jithil,14, maut dalam dalam kejadian pada jam 6.10 pagi, Rabu.
Perkongsian guru, Cikgu Shasha Denzlin merupakan guru tingkatan bagi Vilkie, bekas guru tingkatan Helena dan guru pembimbing Alasma menyentuh hati warga maya.
Menyifatkan mereka sebagai pelajar bercita-cita tinggi dan rajin, Cikgu Shasha meluahkan kehilangan dan mengimbas kembali momen ketika bersama mereka.
"Rest in peace beautiful souls.
"Ketua tingkatan tanya "Cikgu, nama Vilkie kita nak letak tidak hadir atau macam mana?” Kemudian sekelas menitiskan air mata.
"Sebagai bekas guru tingkatan kepada Helena tahun lalu. My sweet sweet Helena, cikgu sangat terkesan kerana kamu sangat manja dan rajin buat kerja sekolah."
"Kemudian, pelajar yang bijak dan happy go lucky Alasma. Budak atlet Draco dan choral speaking saya.
"Ada sahaja celotehnya. Sempat lagi semasa saya menghantarnya pulang ke rumah, dia kata mahu sambung belajar ke peringkat lebih tinggi seperti abang dan kakak.
"Dia mahu memasuki sekolah sains (Sekolah Berasrama Penuh) mungkin di Tingkatan Empat nanti. Kata-kata tidak mampu meluahkan segalanya. Rest well, angels," kongsi Cikgu Sasha.
Tragedi pada 21 Ogos itu membabitkan sebuah bot dinaiki oleh 20 penumpang yang telah karam di Sungai Kayan.
Seramai 16 mangsa berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang pelajar, Bossard Isler, 16, dihanyutkan oleh arus sungai sejauh satu kilometer dari lokasi kejadian sebelum diselamatkan oleh penduduk kampung.
Jasad Vilkie pertama ditemukan terapung kira-kira 10 meter dari Pos Kawalan Bomba dan Penyelamat di Kampung Selampit, berdekatan sungai itu, pada jam 11.58 pagi.
Ia disusuli jasad Helena, dijumpai terapung lebih kurang satu kilometer dari pos berkenaan pada 5.30 petang.
Terakhir pula Alasma dijumpai terapung kira-kira 100 meter dari tempat kejadian. Mayat remaja itu dijumpai oleh orang kampung dan kemudian diambil oleh anggota Sarawak Coast Guard pada pukul 6.40 pagi sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Sumber: Facebook
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang