Tragedi SUV ragut nyawa bakal pengantin, hasrat naik pelamin musnah
SEPASANG bakal pengantin maut selepas SUV yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung. Kedua-duanya dijadual melangsungkan perkahwinan pada 25 Disember ini, namun hasrat itu musnah sekelip mata.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Supt Sharudin Abdul Wahab, kejadian berlaku sekitar 5.30 petang di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris–Sungai Gawi–Aring (Bukit Kawah). SUV jenis Toyota Fortuner yang dinaiki pasangan berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih 60 meter.
Mangsa, Hassan Shazali, 52, dari Melor, Kota Bharu dan pasangannya, Suzaimah Che Azis, 34, dari Gua Musang, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Hassan bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Lebir, manakala Suzaimah bekerja di kantin sekolah sama

Polis memaklumkan, SUV itu dipercayai melalui laluan yang ditutup akibat tanah runtuh sebelum terbabas. Impak kemalangan menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak keluar daripada kenderaan.
Mayat mereka dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Tragedi ini sekali lagi mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa peka dengan penutupan laluan dan keadaan cerun, terutama di kawasan berbukit dan tanah runtuh.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

