Tragis! Asbab tekanan belajar cikgu ditikam anak calon SPM, sempat sorok senjata dalam beg sekolah, buang baju dalam semak

No Image Caption
A
A
A

SUASANA sayu menyelubungi penduduk Taman Rambai Mutiara, Melaka, selepas seorang guru yang juga ibu tunggal bersama anak sulungnya dibunuh kejam.

Dalam perkembangan berkaitan, polis mendedahkan suspek pembunuhan berkenaan ialah remaja berusia 17 tahun yang merupakan anak kepada guru berkenaan.

Tekanan belajar dan sering dimarahi dipercayai punca remaja lelaki itu menikam ibu dan abangnya sehingga maut menggunakan pisau lipat dianggarkan sepanjang 20 sentimeter (cm)!

Berikut kronologi yang dikongsi Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar:

1-Dalam kejadian lebih kurang jam 5 pagi, suspek dipercayai masuk ke bilik ibunya lalu menyerang mangsa sebelum menikam wanita berusia 51 tahun itu menggunakan pisau.

Artikel Berkaitan:


2-Abang sulung suspek yang berusia 21 tahun, menyedari kekecohan berlaku dan cuba meleraikan namun turut ditikam  sehingga maut sebelum mayat kedua-dua beranak itu ditemui di ruang tamu rumah teres setingkat itu.

No Image Caption



3-Menurutnya, seorang lagi anak bongsu lelaki mangsa berusia 13 tahun turut mengalami kecederaan parah ditikam suspek namun dilaporkan stabil dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.

4-Motif kejadian disebabkan oleh perasaan dendam, perasaan terpendam dan tekanan perasaan yang mana ibu dan abang sering, memarahi suspek.

5-Setakat ini terdapat beberapa kesan tikaman ditemui pada mangsa seperti di leher, pinggang dan juga di belakang, mayat kedua beranak ini telah dihantar ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

6-Difahamkan, selepas membunuh, suspek cuba menghilangkan bukti dengan menyembunyikan senjata tajam dalam beg sekolah yang ditemui di luar rumah.

No Image Caption



7-Remaja itu juga dipercayai telah membuang pakaiannya yang terdapat kesan darah di dalam semak berdekatan dah soal siasat terhadap suspek dia mengakui melakukan perbuatan itu.

8-Ketika polis tiba, suspek ditemui duduk dalam keadaan termenung di luar rumahnya seolah-olah perlakuan itu bukanlah dilakukan olehnya.

9-Daripada maklumat jiran, keluarga berkenaan  dikatakan kerap bergaduh pada hampir setiap hari. Jiran-jiran mendengar kedua-dua mangsa  sering memarahi suspek.

10-Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah jiran, polis suspek cuba melupuskan barang kes.



11-Remaja itu kini ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan seorang guru termasuk anak sulungnya berusia 21 tahun dipercayai dibunuh.

Mangsa tahun dan anak sulungnya dipercayai ditemui di ruang tamu rumah manakala anak lelaki bongsunya berusia 13 tahun ditemui berlumuran darah di garaj kereta rumah teres setingkat itu.

Manakala suspek baru pulang ke rumah pagi ini.

Sumber: Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang