Trend bermaafan ‘aku berlutut? Tidak akan berlaku’ dianggap jenaka, PU Riz tampil beri teguran

No Image Caption
A
A
A

SYAWAL adalah bulan mulia dan masanya untuk kita bersalaman sesama ahli keluarga dan sahabat handai bagi memohon keampunan atas kesalahan yang telah dilakukan.

Namun begitu, ada segelintir individu sempat mengikuti konten yang tular di media sosial, iaitu 'aku berlutut? Tidak akan berlaku' ketika meminta maaf.

Meskipun nampak hanya sekadar gurauan, namun trend itu sedikit sebanyak boleh membawa pengaruh negatif kepada orang sekeliling terutamanya kanak-kanak.

Pendakwah bebas, PU Riz atau Haris Ismail tampil memberikan teguran bahawa adab bermaafan tidak sepatutnya dipermainkan. Lebih-lebih lagi apabila ia digunakan sewaktu bersalaman dengan orang terdekat kita.

"Sekarang tengah ada trend tular di TikTok yang mengatakan tidak akan melutut ketika meminta maaf. Ada anak yang buat kepada ibu bapa, ada isteri yang buat kepada suami, dan ada adik yang buat kepada kakak.

"Kita kalau nak buat jenaka, nak buat lawak, ada hadnya. Perlu tahu di mana boleh dan di mana tidak boleh,” katanya di sebuah video yang dimuat naik di Instagram.

No Image Caption



Suami kepada usahawan dan selebriti, Noor Neelofa ini turut mengingatkan meskipun trend tersebut kelihatan sekadar hiburan, namun umat Islam perlu lebih berhati-hati dalam memilih konten yang ingin diikuti.

"Demikian juga kehidupan ini, ada perkara yang betul dan ada yang salah.

"Kalau kita nak buat ikut suka hati, lepas itu beritahu kawan-kawan, 'Eh, chill lah. Relaks, jangan ambil serius sangat,' itu tidak boleh. Kita hanya boleh ‘chill’ dalam perkara yang dibenarkan, dan tidak boleh bergurau dalam perkara yang dilarang," jelasnya.

Oleh itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara.

"Apa-apa pun, periksa dulu, tanya dulu, fikir dulu sebelum buat.

No Image Caption



"Sebagai seorang anak kepada ibu dan ayah, kita perlu menjaga perkara ini. Apatah lagi kita sebagai hamba ALLAH SWT, hidup mengikut aturan-NYA. Pilihlah trend yang baik, hidupkan trend yang bermanfaat supaya kita tidak terbiasa dengan perkara yang tidak perlu.

"Jaga amalan kita, semoga ALLAH memberkati kehidupan kita. Insya-ALLAH," tambahnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang