Usia 13 hari, Helena Attiya bayi dilahirkan ibu syahid Ain Farhana masih kuning. 'Kami rayu doakan kesembuhan'

No Image Caption
A
A
A

BARU-baru ini kematian ibu selepas melahirkan anak menyentuh hati warga maya. 

Kini hampir dua minggu pemergian Allahyarham Ain Farhana Mohd Fadzli, si kecil yang dilahirkan sedang bergelut dengan kekuningan atau jaundis selepas lahir.

Menerusi Facebook aktivis pengurusan jenazah Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) menerusi laman rasmi Mr Wan Cai Official berkongsi situasi terkini si kecil yang kehilangan ibu.

"Ramai yang bertanya dan ingin mengetahui perkembangan baby kepada Ain Farhana, ibu syahid yang telah pergi menghadap Ilahi dalam keadaan penuh pengorbanan.

"Dengan keizinan daripada bapanya, Khairul Azhar, saya kongsikan wajah si kecil ini buat tatapan semua. 

"Baby perempuan ini diberi nama Helena Attiya Binti Khairul Azhar. Secantik nama, seindah ciptaan ALLAH SWT. Hari ini, genap 12 hari usia baby Helena Attiya," kongsinya.

No Image Caption

Meluahkan simpati kepada si kecil yang tidak sempat merasa pelukan seorang ibu, UKVJ juga memohon titipan doa daripada orang ramai buat Helena Attiya.

Artikel Berkaitan:

"Sayangnya, si kecil ini lahir ke dunia tanpa sempat merasai pelukan dan belaian kasih seorang ibu.

"Lebih menyayat hati, arwah Ain Farhana tidak sempat melihat wajah anak yang dikandung selama sembilan bulan, dan pergi menghadap Allah tanpa sempat menatap zuriatnya.

"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Berita duka ini cukup menghiris hati. Kisah pengorbanan dan kasih ibu yang berakhir dalam duka paling dalam.

"Kehilangan ini bukan sahaja dirasai oleh si kecil yang baru lahir tetapi juga oleh anak sulung mereka, Uthman Attaki yang baru berusia dua tahun.

No Image Caption

"Dua insan kecil ini kini membesar tanpa kasih sayang dan sentuhan seorang ibu.

"Helena Attiya masih mengalami penyakit kuning yang belum pulih sepenuhnya. Kami merayu agar semua yang membaca mendoakan kesembuhannya

اللهم رب الناس أذهب البأس، واشفِ أنت الشافي، لا شفاء إلا شفاؤك، شفاءً لا يغادر سقماً

“Ya ALLAH, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah penyakit ini. Engkau adalah Maha Penyembuh. Tiada penyembuhan melainkan dengan penyembuhan daripada-MU, penyembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit," titip UKVJ.

Menurutnya lagi, bapa, Khairul Azhar kini menggalas amanah besar untuk membesarkan dua anak kecil seorang diri.

"Semoga beliau diberikan kekuatan luar biasa, ketabahan yang tinggi, dan ketenangan jiwa dalam menghadapi ujian besar ini. Mudah-mudahan Allah SWT melimpahkan rahmat dan perlindungan-NYA buat beliau dan anak.

"Insya-ALLAH, keluarga arwah Ain Farhana dan keluarga Khairul Azhar akan terus memberi sokongan dan bantuan agar zuriat arwah Ain Farhana membesar dalam lingkungan kasih sayang," kongsinya yang turut melancarkan kutipan sumbangan buat bapa tunggal itu.

No Image Caption

Kepada anda yang ingin meringankan beban, bolehlah menyalurkannya kepada akaun RHB 2-262027-0004636-4 (Rhb Smart Account-i).

Terdahulu, SinarPlus berkongsi kisah pilu pemergian Allahyarhamah Ain Farhanah yang mengalami pendarahan otak selepas bersalin. Video Khairul Azhar memberikan penghormatan terakhir merentap emosi warganet hingga menerima 85,000 reaksi daripada warganet. 

Sekadar info, penyakit kuning dialami bayi baru lahir atau jaundis biasanya berlaku hari kedua selepas kelahiran. Ini berlaku  kerana enzim-enzim hati masih kurang matang untuk berfungsi secara efisyen.

Jaundis fisiologi selalunya mula dikesan ketika bayi berusia dua hari dan bacaan bilirubin memuncak pada hari ketiga atau keempat dan seterusnya akan berkurangan dan menjadi normal.

Sementara itu jaundis berpanjangan atau prolonged jaundice pula ialah keadaan jaundis fisiologi melebihi 14 hari bagi yang dilahirkan cukup bulan atau 21 hari bagi bayi pramatang.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang