'Yang buat hidup bebas, bahagia di Korea siap nikah...' Bekas suami Kim Seri ditahan polis, anak menangis bapa ditangkap
KES jenayah membabitkan pempengaruh Kim Seri nampaknya telah mengakibatkan bekas suaminya ditahan polis. Bukan sedikit, difahamkan ia membabitkan 47 kes di sekitar Johor, Selangor dan Putrajaya.
Dakwa wanita dipercayai kakak iparnya, Nor Seri Azlina Bustani adik lelakinya sedang ditahan susulan terpalit dengan jenayah yang dilakukan pempengaruh terbabit berhubung isu penipuan pakej pelancongan.
Menerusi sebuah grup Facebook Road To Korea, wanita itu berkongsi perbualannya dalam aplikasi Facebook Messenger bersama Kim Seri.
Dedah Nor Seri Azlina , adiknya dikaitkan dengan jenayah wanita itu susulan pemilikan syarikat berkenaan yang didaftarkan menerusi nama lelaki tersebut.
"Video dan jawapan kenapa Kim Seri masih bebas sebab bekas suami yang tanggung segala jenayah dia. Asbab semasa suami isteri, bekas suaminya bukakan akaun Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan akaun syarikat untuk dia buat agensi pelancongan.

"Jadi, bila kes viral, orang report, bekas suami yang perlu hadap kes polis dan segala jenayah dilakukan. Sekarang bekas suami masuk lokap kena roadshow lokap sebab hadap 47 kes jenayahnya.
"Yang buat, hidup lepas bebas bahagia dekat Korea sana siap nikah, sedangkan bekas laki meringkuk kat sel atas segala jenayah dia," kongsi Nor Seri Azlina.
Menerusi hantaran yang sama, wanita tersebut mendakwa Kim Seri atau Seri Azlina, 40, berjanji dengan mangsa dan memfitnah adiknya mencuri duit milik mereka.
Sedangkan menerusi perbualan mesej di aplikasi Facebook Messenger bekas guru itu mengakui bekas suaminya tidak bersalah.
"Dengan mangsa dengan semua orang yang dia berhutang dia jual nama, fitnah adik saya curi duit segala. Tapi tengoklah conversation dia dengan saya, dia sendiri mengaku bekas suami tidak bersalah dan tidak tahu apa-apa.
Artikel berkaitan:
- Sukar dapat kerja sebab berhijab, bekas guru & TikTokers ini akhirnya buka restoran halal di Korea!
- Kim Seri mohon maaf, janji bayar duit pelanggan dalam masa 2 bulan. ‘Tidak dapat lunaskan sekali gus’
"Saya yakin setiap mangsa yang tertipu berurusan dengan Kim Seri dan bukan adik saya. Adilkah orang yang tidak bersalah tanggung segala jenayah dia? Duit travel orang bayar bukan dia beli tiket atau booking hotel tetapi digunakan untuk penuhi impiannya, buka restoran berharga 1 juta di Korea, buka butik.
"Dia bukan anak orang kaya ya, ke Korea Selatan untuk belajar. Dapat duit travel gelap mata dan guna macam duit sendiri. Hujung-hujung fitnah bekas suami curi duit.

"Sedangkan di Korea dia pergi seorang diri dan selama tiga tahun tinggalkan bekas suami dan tiga orang anak di Malaysia. Mana datangnya penglibatan bekas suami mencuri duit sedangkan semua mangsa berurusan dengan dia. Malah One Time Password (OTP) online banking pun guna telefon dia," dakwa Nor Seri Azlina.
Dalam masa yang sama, bekas kakak iparnya itu turut menyuarakan rasa terkilan apabila adiknya yang didakwa menjadi mangsa keadaan.
"Puaskah hati semua mangsa bila penjenayah yang songlap duit kalian lepas bebas bahagia hidup di sana tetapi orang yang tidak bersalah meringkuk dalam penjara. Doakan adik saya yang teraniaya dipermudahkan segala urusan," kongsinya.
Manakala, seorang pengguna TikTok menerusi akaun Hakak Tudung mendakwa anak-anak kepada pempengaruh itu menangis sewaktu bapa mereka ditahan manakala ibu mereka sedang berkongsi kebahagian sudah bernikah lagi.
“Anak Kim Seri menangis ayah kena tangkap. Mak pula post bahagia kahwin lain. Mana hati dia,” tulisnya.
Terdahulu personaliti media sosial itu memaklumkan sedaya upaya berusaha melangsaikan tunggakan bayaran para pelanggan sebelum atau pada 1 Februari 2025.

Polis juga mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Seoul, Korea Selatan yang dikendalikan Kim Seri.
Baru-baru ini, Kim Seri berkongsi berita baharu mendirikan rumah tangga dengan lelaki warga Korea Selatan dikenali sebagai Choi Amin.
Sumber: Facebook, TikTok
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
