'Zikir yang akak kongsi bantu saya lunas hutang.' Diana sebak, perkongsian ringankan beban orang lain
APABILA ditimpa musibah, ALLAH adalah sebaik-baik tempat bagi umat Islam untuk bergantung harap.
Bagi sesetengah orang, ada amalan tertentu yang menjadi pegangan dan diamalkan secara konsisten untuk tujuan tertentu, khususnya saat diuji dengan ujian hidup.
Begitu juga dengan pelakon dan penyanyi, Diana Rafar, yang sebelum ini pernah berkongsi zikir-zikir yang sering diamalkannya sebagai ikhtiar rohani.
Baru-baru ini, wanita berusia 43 tahun itu sebak apabila menerima satu mesej daripada seorang individu yang berterima kasih atas perkongsian bermanfaat tersebut sehingga membantu menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapinya menerusi perkongsian di TikTok.
"Saya cuma nak bagitahu. Saya yakin dengan zikir yang akak kongsi. Hutang saya berpuluh-puluh ribu, orang gunakan saya. Saya dah tak tahu macam mana nak bayar, tapi ALLAH ada.
"Melalui satu cara akak, dengan sekelip mata hutang saya selesai. Terima kasih atas perkongsian akak. Saya menggigil, saya tak tahu nak berterima kasih macam mana.
"Saya hanya mampu hantar mesej saja pada akak. Semoga ALLAH balas semua kebaikan akak dan keluarga," kata individu tersebut.
Diana, yang juga isteri kepada pelakon Zamarul Hisham, meluahkan rasa terharu dan sedikit kesal kerana sudah lama tidak berkongsi perkara-perkara bermanfaat di laman sosialnya.
"Maaf tau korang... Diana minta maaf banyak-banyak. Diana leka... Diana tahu Diana leka. Diana tahu Diana lalai. Kenapa Diana tak cerita selalu pasal benda ni?
"Ramai sangat sebenarnya yang mesej Diana. Ada yang tanya, ‘Boleh tak share pasal zikir Wama Ramaita tu?’
"Tapi itulah, kelemahan Diana... nak balas mesej pun susah,” kata beliau.
Terima kasih yg join live diana tadi dan terima kasih yg tak terhingga dia atas sharing semua... Diana hargai diana baca diana cuma tak sempat nak jawab satu persatu.. sorry.. boleh tinggal kan sharing korang kat ruangan kat bawah ya... Diana doakan semua dalam keadaan yg baik2 tenang selalu...
Istikharah Cinta Piano Cover - aberbotaque
Dalam perkongsian terdahulu, Diana pernah berkongsi tentang selawat dan beberapa ayat al-Quran yang sering diamalkannya. Antara yang mendapat perhatian ialah selawat Jazallah dan ayat ke-17 daripada Surah Al-Anfal:
"Wa maa ramaita iz ramaita wa laakinnallaha ramaa. Jazallahu ‘anna Sayyidana Muhammadan shallallahu ‘alaihi wasallama ma huwa ahluh.
“Diana tak tahu kenapa daripada malam tadi sampai pagi ni terlalu banyak notifikasi lalu tentang selawat Jazallah yang Diana kongsi. Dan komen-komen yang lepas, ramai yang suka tentang ayat Surah Al-Anfal ayat 17.
“Jadi pagi ni Diana tergerak hati untuk ingatkan balik kepada siapa yang dah amalkan Jazallah dan Surah Al-Anfal tu... Moga-moga teruskan dan terus mendapat rahmat, hidayah serta keberkatan daripada ALLAH,” ujar Diana.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
