Krim lebih baik berbanding losen dalam rawat kulit kering sebab kerap cuci tangan. Ini sebabnya...

No Image Caption
A
A
A

PADA masa kini, kita disarankan untuk kerap mencuci tangan bagi mengelak dan mencegah penularan wabak Covid-19.

Mengapa disarankan seperti sedemikian?

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, membasuh tangan terutama sebelum makan atau selepas mengguna tandas bukan sesuatu yang baharu dalam masyarakat.

Sebaliknya, ia kini sudah menjadi satu kelaziman di Malaysia. Apa yang dimaksudkan adalah membasuh tangan sebagai kebiasaan baharu iaitu mencuci tangan lebih kerap walaupun tidak makan atau tidak menggunakan tandas.

Tangan adalah bahagian anggota badan yang paling kerap menyentuh pelbagai permukaan dan tempat yang mempunyai kuman.

Membasuh tangan dapat cegah penyakit dan menyebarkan jangkitan kepada orang lain kerana kelazimannya kita kerap menyentuh mata, hidung dan mulut tanpa sedar. Tangan yang tercemar akan memindahkan kuman ke saluran pernafasan melalui mata, hidung dan mulut.

Pada masa yang sama, kuman dari tangan yang tidak dibasuh boleh berpindah ke objek yang disentuh seperti tombol pintu, telefon bimbit, duit dan sebagainya.

Artikel berkaitan: Telefon juga perlu dicuci elak wabak jangkitan Covid-19

Namun demikian, kata Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Samhan, satu masalah berlaku apabila kerap membasuh tangan iaitu kulit kering.

Jadi apa yang perlu dilakukan bagi mengelak kulit kering?

1. Selepas basuh tangan, elakkan menggosok tangan dengan tuala. Hanya tekapkan tuala dengan perlahan sahaja.

2. Gunakan krim tangan. Krim tangan lebih baik berbanding losen badan kerana ia berasaskan minyak.

3. Elakkan krim tangan yang berbau wangi, mengandungi retinol, serum atau bahan antipenuaan.

4. Elakkan berkongsi krim tangan untuk menjaga kebersihan.

5. Sebelum tidur, sapu krim tangan dengan lebih tebal atau gunakan vaselin.

Mudah kan? Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca