SEMALAM menjadi detik bersejarah buat warga Kuantan, Pahang apabila bandar itu diisytihar menjadi bandar raya.

Yang diPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahir rasa syukur atas pemasyhuran Kuantan sebagai sebuah bandar raya.

Titah baginda, selepas hampir 40 tahun dinaiktaraf sebagai sebuah Majlis Perbandaran, Kuantan terus mengorak langkah dan mencipta satu lagi sejarah apabila dimasyhurkan sebagai sebuah bandar raya.

“Pemasyhuran Bandar Raya Kuantan bukan sekadar pada nama. Dalam meniti hari-hari mendatang, kerajaan negeri Pahang dan Majlis Bandaraya Kuantan hendaklah sentiasa menumpukan usaha dalam meningkatkan perkhidmatan dengan mengutamakan kesejahteraan rakyat.

“Marilah kita sama-sama berdoa pada hari yang penuh bersejarah ini semoga Bandar Raya Kuantan menjadi sebuah bandarr raya yang unggul dan sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT,” titah baginda.

Seri Padukan Baginda bertitah demikian pada titah ucapan diraja selepas perkenan menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Bandar Raya Kuantan dan Perasmian Kompleks Bandaraya Kuantan semalam.

Dalam titah diraja itu, baginda turut mengistiharkan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menjadi Majlis Bandaraya Kuantan mulai Ahad, 21 Februari 2021.

Serentak itu, baginda perkenan melantik Yang Dipertua MPK, Datuk Hamdan Hussin sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan yang pertama.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Pemangku Raja Pahang dan Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hadir sama, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Tidak dinafikan percutian korang bersama keluarga di Kuantan akan lebih menarik apabila berkunjung ke destinasi ini kerana negeri Pahang sememangnya terkenal dengan pelbagai destinasi pelancongan sama ada taman tema, alam semula jadi, kawasan tanah tinggi bahkan pantai.

Sudah semestinya pelbagai manfaat dan keunikan yang dapat anda rasai setibanya di destinasi ini.

1. Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan

Masjid Sultan Ahmad Shah yang tersergam indah di tengah-tengah Bandar Kuantan ini telah direka dengan batu marmar khas yang bersinar
cantik apabila terkena pantulan cahaya matahari dan pasti akan memukau pandangan mata yang melihatnya.

Masjid ini merupakan salah satu masjid negeri yang terletak di tengah pusat bandar berhampiran dengan padang Majlis Perbandaran Kuantan.

2. Pantai Cherating

Pantai Cherating terletak di sempadan negeri Pahang dan Terengganu merupakan satu lagi lokasi menarik yang boleh dilawati ketika bercuti
di daerah Kuantan.

Pantai Cherating merupakan destinasi pelancongan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi
percutian keluarga.

Terdapat banyak hotel dan resort yang menyediakan perkhidmatan penginapan kepada pengunjung dan pastinya memberi keselesaaan ketika
percutian di Kuantan.

Kuantan diisytihar bandar raya, ini 15 tempat menarik boleh dikunjungi

3. Taman Esplanade Kuantan

Nikmati pemandangan yang menyegarkan dengan meluangkan masa di Taman Esplanade Kuantan.

Setelah puas makan angin di sepanjang laluan berjalan kaki yang berkepanjangan 2 km ini korang boleh meneruskan aktiviti di sini dengan
memancing, bergambar dengan signboard bersaiz gergasi ‘Kuantan’ atau mengisi perut yang lapar di kedai-kedai makan yang terdapat di
sini.

4. Muara Sungai Balok

Bila perut dah kenyang dengan makanan laut segar dari Pasar Sungai Balok, korang boleh bergerak menuju ke Muara Sungai Balok untuk
melengkapkan lagi pengalaman anda di sekitar kawasan ini.

Tiada yang lebih memuaskan jiwa daripada dapat melihat pemandangan yang indah selepas menikmati makanan yang segar.

5. Pasar Nelayan Balok

Nak makan hasil laut yang betul-betul segar semasa bercuti di Kuantan? Datanglah ‘bershopping’ di Pasar Nelayan Balok.

Hasil laut yang diniagakan di sini teramatlah segar kerana ianya diniagakan oleh para nelayan sendiri.

6. Muzium Seni Pahang

Terletak tidak jauh dari Masjid Sultan Ahmad Shah 1 dan berhadapan dengan mahkamah Syariah, Muzium Seni Pahang adalah sebuah destinasi yang wajib dilawati untuk para pencinta seni untuk melihat pelbagai koleksi menarik yang dipamerkan sama ada seni catan, foto atau arca.

7. Berjaya Megamall

Berjaya Megamall adalah sebuah pusat membeli-belah yang luas di Kuantan yang pernah menjadi tumpuan ramai penduduk di sekitar sebelum
kehadiran East Coast Mall dan Kuantan City Mall untuk membeli-belah dan menonton filem-filem terbaru di panggung wayang.

Kuantan diisytihar bandar raya, ini 15 tempat menarik boleh dikunjungi

8. Kuantan River Tours

Ingin melihat Kuantan dari sudut yang berbeza selepas puas makan angin di sekitar bandar? Salah satu aktiviti yang wajib dibuat adalah mengikuti Kuantan River Tours.

Sepanjang perjalanan menyelusuri sungai Kuantan ini korang dapat melihat pemandangan bangunan-bangunan tinggi dan juga kawasan perkampungan nelayan dari sungai, pemandangan ini disempurnakan lagi dengan pantulan bayang-bayang yang terbentuk pada permukaan air,
jangan lupa untuk membawa kamera ya!

Iklan

9. Santuari Penyu Cherating

Mula dibuka kepada orang ramai pada 1 Jun 1998, Santuari Penyu Cherating ditubuhkan dengan tujuan untuk melindungi penyu daripada sebarang bahaya yang dapat memendekkan jangka hayat mereka.

Korang juga boleh datang ke Santuari Penyu Cherating untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan penyu dan mengetahui cara yang boleh dilakukan untuk memberi pelindungan kepada haiwan yang kian terancam ini.

10. Kuantan City Mall

Ada bajet lebih nak bershopping lepas puas berjalan-jalan di sekitar Kuantan? Mai singgah ke Kuantan City Mall yang merupakan pusat membeli-belah yang paling baru di Kuantan.

Antara store yang terdapat di sini adalah Padini, Kaison, Sports Direct dan lain-lain lagi.

11. Gua Charas

Gua Charas terletak di Bukit Charas yang merupakan sebuah bukit batu kapur dan granit yang telah berusia mencecah 400 juta tahun.

Puncak yang tertinggi bukit tua ini adalah sehingga 355 meter. Dikelilingi oleh ladang kelapa sawit, korang perlu mendaki naik untuk menuju ke laluan masuk ke gua yang terdapat di sini.

12. Pantai Pelindung

Pantai Pelindung adalah sebuah kawasan pantai yang agak tenang, jauh dari pandangan dan pengetahuan pelancong yang datang ke Kuantan, tapi bagi yang dah tahu, memang beruntung!

Kerana korang telah menemui sebuah tarikan ciptaan tuhan yang dapat dinikmati keindahannya dalam keadaan penuh privasi.

Iklan

Baca juga Lebih 10,000 peluang pekerjaan menanti, anak muda boleh rebut peluang!

13. Jaman Tory Resepi

Jaman Tory Resepi menampilkan keunikan masakan setanding dengan nama restorannya.

Kepada pelancong yang ingin berkunjung ke Kuantan restoran ini wajib untuk dikunjungi kerana keistimewaan masakannya sangat berbeza berbanding dengan restoran-restoran yang lain terdapat di sekitar daerah Kuantan.

14. Pantai Balok

Pantai Balok merupakan salah satu lokasi menarik yang terdapat di Kuantan, Pahang. Terletak kira-kira 15 minit dari pusat bandar, pasti akan memudahkan pengunjung untuk sampai ke lokasi ini.

Kuantan diisytihar bandar raya, ini 15 tempat menarik boleh dikunjungi

15. ANA Ikan Bakar Petai

ANA Ikan Bakar Petai mendengar namanya sahaja sudah cukup istimewa dan berbeza.

Jika berkunjung ke Kuantan tidak sah jika tidak mencuba kenikmatan hidangan utama yang popular di sini iaitu ikan bakar petai.

Jika tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti, bolehlah ramai-ramai serbu bandar raya Kuantan ya!