BERTUAHNYA si comel ini. Dinamakan Nala, si bulus dari California, Amerika Syarikat ini mungkin kucing terkaya di dunia apabila mempunyai nilai ASS90.65 juta (kira-kira RM431.4 juta).

Siapa sangka kucing betina yang asalnya ‘merempat’ di pusat perlindungan haiwan itu kini ibarat ‘dihujani’ dengan wang dengan mengaut ASS12,900 (kira-kira RM61,404) untuk setiap hantaran di laman sosial Instagram.

Kucing comel itu kini bukan sahaja kaya-raya, tetapi juga terkenal kerana ada lebih empat juta pengikut Instagram.

Baca juga: Olivia, kucing ke-3 berharta di dunia dengan kekayaan lebih RM426 juta rupanya milik Taylor Swift

Baca juga: Unik dan eksotik, Narnia kucing berwajah dua. Bukan chimera, genetiknya kini kekal misteri

Pemiliknya, Varisiri Mathachittiphan atau Pookie memberitahu beliau jatuh cinta pada pandangan pertama kepada si bulus berkenaan ketika melawat pusat perlindungan di Los Angeles. Ketika itu Nala baru berusia lima bulan.

“Kisah Nala, bermula di sebuah rumah di mana pemilik tidak dapat lagi menjaga kucingnya kerana terlalu ramai.

“Nala kemudian dibawa pergi ke tempat perlindungan yang menyebabkan ia terpisah daripada keluarga asalnya.

“Pada suatu hari, saya dan rakan merancang untuk memelihara kucing namun bersedia bersedia. Selepas melawat rumah perlindungan itu, seekor anak kucing menjilat muka saya dan kami jatuh cinta. Jadi kami bawa ia pulang,” cerita Pookie.

Baca juga: Unik, rare! Venus kucing chimera bermuka dua miliki 2.2 juta follower di Instagram

Baca juga: Kecil hati perangai anak, wanita ini ubah wasiat, jadikan kucing dan anjing pewaris RM13.2 juta

Kemahsyhuran haiwan itu bermula pada tahun 2012 apabila Pookie memutuskan untuk berkongsi kisah kucingnya itu di Instagram.

“Saya memulakan akaun Instragram Nala untuk berkongsi perkembangannya dengan keluarga dan rakan-rakan.

“Langsung tidak pernah membayangkan ia akan mempunyai pengikut seramai ini,” ujar Pookie.

Sejak itu, Nala yang juga campuran baka Siam dan kucing belang itu popular sehingga memberi inspirasi kepada jenama makanan kucing.

Baca juga: Video kucing bercakap viral hingga raih 7 juta tontonan, ramai kagum lihat aksi Duchy minta makan

Baca juga: DIY 2 bahan mudah rawat luka, kurap kucing lebih selamat, cepat sembuh

Ia seterusnya berkembang kepada barangan lain yang diinspirasikan daripada Nala dan meraih pendapatan lumayan AS$90 juta (kira-kira RM425 juta) kepada pemiliknya.

Bukan calang-calang ya, si comel ini juga pemegang Rekod Dunia Guinnes sebagai kucing paling banyak diikuti di Instagram.

Ia malah pernah dinobatkan sebagai kucing TikToker Of The Year oleh The Shorty Awards pada tahun 2022!

Lantaran komitmen kepada haiwan itu, Pookie menjelaskan perkongsian mengenai Nala di laman sosial adalah pekerjaan sepenuh masanya buat masa ini.

Malah, pemiliknya itu juga menggunakan akaun sosial media Nala untuk menyebarkan kesedaran tentang kebajikan haiwan dan mengumpul wang untuk badan amal berkaitan binatang.

Selain Nala, empat lagi kucing yang diiiktiraf sebagai kucing kaya di dunia iaitu Olivia Benson, Choupette dan Smoothie.

Kucing kedua terkaya di dunia ialah Olivia Benson adalah milik penyanyi Taylor Swift dan mereka tinggal bersama di Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat. Olivia dianggarkan mempunyai nilai bersih AS$97 juta.

Kucing betina ini pernah muncul dengan tuannya dalam beberapa video muzik. Ia juga mempunyai jenama sendiri dan pernah menerima bayaran lumayan daripada iklan Diet Coke pada tahun 2014.

Kucing ketiga terkaya di dunia dimiliki mendiang pereka fesyen terkenal Jerman, Karl Lagerfeld. Dinamakan Choupette, kucing spesies Burma itu mewarisi kekayaan selepas Lagerfeld meninggal dunia yang dianggarkan bernilai AS$200 juta.

Nilai bersih kucing itu dianggarkan sekitar AS$13 juta yang menjadikannya kucing ketiga terkaya di dunia. Selain legasi yang ditinggalkan tuannya, Choupette juga menjana pendapatan sendiri sebanyak AS$4.5 juta melalui iklan.

Kucing keempat terkaya di dunia ialah Smoothie. Spesies British Longhair dari Belanda itu ‘instafamous’ dengan memiliki empat juta pengikut di Instagram. Ia malah meraih pendapatan AS$7,423 bagi setiap hantaran di Instagram.

Sumber: Nalacat.com, The Sun, SOT

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!