EDARAN Modenas SDN BHD (EMOS) baru-baru ini secara rasmi memperkenalkan skuter maxi dengan ciri lebih berkualiti tinggi, KYMCO AK550 Premium untuk pasaran tempatan.

Jenama itu yang juga pengedar KYMCO di Malaysia menampilkan model berkonsepkan ‘Thrills of Touring’ dengan struktur suspensi unik dan serba inovatif.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Roskan berkata, reka bentuk KYMCO AK550 ditambah baik dengan teknologi terkini demi memastikan penunggang menikmati pengalaman prestasi terbaik.

“Pengenalan AK550 Premium bukan sekadar pelancaran produk semata-mata, ia juga sebagai merealisasikan perjanjian strategik yang dibuat pada tahun 2016 lalu selepas EMOS dilantik sebagai pengedar eksklusif KYMCO.

KYMCO AK550

“EMOS memikul tanggungjawab dari segi pengedaran, penjualan dan pemasaran skuter KYMCO di seluruh negara, malah MODENAS sendiri terlibat dalam pemasangan, uji kaji dan kualiti yang ketat,” katanya pada Majlis Pengenalan KYMCO AK550 Premium di Le Meridian Petaling Jaya, Selangor.

Tambah beliau, pihaknya sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan barisan varian skuter baharu dengan sasaran hingga 250cc, selain meneroka versi pemasangan tempatan untuk kapasiti enjin lebih tinggi.

KYMCO AK550

“Justeru, pengenalan AK550 Premium ini bukan sahaja menterjemahkan ciri-ciri skuter mengagumkan, tetapi juga usaha kolaboratif dua pihak,” ujar Roslan.

Pada masa sama, EMOS turut menyasarkan sebanyak 200 hingga 300 unit jualan tahun ini dan model skuter maxi tersebut bakal berada di pasaran pada Februari nanti.

 

Berikut antara lain spesifikasi KYMCO AK550:

i) Kuasa pecutan 50.9hp pada 7,500rpm dan 54Nm pada 6,000rpm.
ii) Berat 223 kilogram ditambah dengan tangki 14.5 liter.

KYMCO AK550iii) Brek Brembo M4 4-pot pada bahagian hadapan dan digandingkan dengan brek cakera 270 milimeter.
iv) Brek belakang dilengkapi kaliper 2-pot dengan brek cakera 260mm berkembar.

Baca juga Skuter Modenas Elegan 250 EX memang sesuai untuk orang muda tak kira lelaki atau wanita

Iklan

KYMCO AK550v) Lengkap dengan Brek AIBS (advanced intelligent braking system), cruise control dan dua mod kuasa.
vi) Ruang letak barang bawah tempat duduk memuatkan sebuah helmet full-face dan sebuah helmet open-face.

Baca juga OLA Electric Car sahkan keluaran kereta elektrik pertama, selain siri skuter terbaharu

KYMCO AK550

vii) Didatangkan dengan fungsi Noodoe untuk keterhubungan telefon dan skrin LCD pintar.

Harga jualan bermula RM65,600 untuk dua pilihan rona dinamik iaitu Flat Brown dan hitam. Untuk maklumat lanjut, layari https://modenas.my/.

Iklan

KYMCO AK550

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang