SEJAK negara dilanda wabak Covid-19 pelbagai bantuan disediakan kerajaan untuk rakyat bagi meneruskan kehidupan.

Terbaharu, kerajaan mengumumkan pemberian Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) melibatkan RM471.6 juta peruntukkan kepada Keluarga Malaysia kategori B40 sebagai persediaan ke arah fasa endemik Covid-19.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PPC tersebut mengandungi pek pelitup muka guna semula (empat keping setiap keluarga); kit ujian kendiri Covid-19 (empat kit setiap keluarga); satu pulse oximeter; satu termometer; serta risalah panduan penggunaan dan info kesihatan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Katanya, usaha ini antara lain bertujuan untuk meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah B40 dan melatih diri membudayakan norma baharu, sekali gus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus Covid-19.

Ujar beliau, pemberian PPC buat masa ini akan dimulakan dengan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga.

Mereka ini adalah dalam kalangan isi rumah B40 yang sudah berkahwin dengan ada atau tidak mempunyai anak; ataupun ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak.

Inisiatif tersebut juga dijangka akan memberi manfaat kepada lebih kurang 3.6 juta keluarga B40.

Oximeter

Iklan

Sementara itu, ini yang perlu korang ketahui mengenai pulse oximeter.

Iklan
  • Walaupun penggunaan pulse oximeter di rumah dapat mengesan paras oksigen rendah dalam darah (hypoxia) yang disebabkan oleh jangkitan Covid-19, namun bukan semua perubahan bacaan pulse oximeter adalah berkaitan dengan Covid-19.
  • Perubahan ini mungkin juga disebabkan oleh masalah paru-paru yang lain seperti penyakit asma atau jangkitan paru-paru (Pneumonia).
  • Kesukaran bernafas dan paras oksigen rendah hanyalah dua kemungkinan simptom jangkitan Covid-19. Simptom lain seperti batuk, demam, rasa sejuk yang melampau serta menggigil, sakit otot, sakit kepala, sakit tekak dan kehilangan deria rasa atau bau juga merupakan simptom-simptom jangkitan Covid-19. Simptom-simptom tersebut akan muncul antara dua hingga 14 hari selepas pesakit terdedah dengan virus ini.
  • Ketahui tahap oksigen normal korang dan perhatikan sebarang perubahan dalam bacaan. Dapatkan nasihat doktor sekiranya mendapati bacaan tahap oksigen dalam darah menurun daripada biasa.

Baca juga Dos ketiga Covid-19 akan dilaksana, 5 fakta Dr Malar berkaitan suntikan penggalak

  • Bergantung kepada model pulse oximeter, bacaan paras oksigen antara 95% hingga 97% adalah dianggap normal. Kadar oksigen dalam darah yang rendah (hypoxia) dapat dilihat melalui kepekatan oksigen yang diukur di bawah 94% sekiranya tiada penyakit paru-paru kronik.
  • Sekiranya bacaan menjadi kurang daripada 94%, korang dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor, manakala jika bacaan jatuh kepada 90% ke bawah, rawatan kecemasan adalah diperlukan.
  • Sekiranya korang mempunyai masalah kesihatan yang mungkin akan mempengaruhi tahap oksigen darah, dapatkan nasihat doktor. Contoh-contoh penyakit adalah seperti Penyakit Obstruktif Paru-Paru Kronik (COPD), asma, Pneumonia, kanser paru-paru, Anemia, kegagalan fungsi jantung, kecacatan jantung kongenital dan lain lain.

Dalam pada itu, termometer pula adalah alat yang digunakan untuk mengukur suhu badan.

  • Ada termometer digital dan ada yang manual. Termometer manual atau termometer analog biasanya terdiri atas tabung, penanda, dan sistem yang boleh berinteraksi dengan suhu tubuh.
  • Selain untuk mengukur suhu tubuh, alat ini juga digunakan di laboratorium atau untuk mengukur suhu udara atau suhu objek lain.