Lancar, tak sangkut, lelaki kongsi tip tampal pelekat RFID pada nombor plat
SUSULAN penggunaan Radio Frequency Identification (RFID) sejak pertengahan Disember, ramai mendakwa terpaksa berhadapan kesesakan lalu lintas susulan pelbagai masalah. Antaranya ialah kesukaran untuk mengimbas pelekat RFID.
Ia hingga menyebabkan orang ramai terpaksa cuba mengundur dan maju ke hadapan semula beberapa kali sehinggalah palang plaza tol terbuka.
Perkongsian daripada seorang pengguna laman sosial TikTok ini boleh korang gunakan.
Menurut Azri, dia cuba menampalkan secara sementara pelekat RFID pada nombor plat hadapan kenderaannya.
Baca juga: Terpaksa Undur, RFID Tak Dapat 'Detect' Pada Hari Pertama, Warga Maya Luah Kesesakan Lalu Lintas
Bagaimanapun, dia tidak menyangka tip berkenaan berkesan membantunya melepasi lorong RFID dengan mudah.
“Saya cuba buat uji kaji, letak pelekat RFID pada nombor plat. Terus pergi ke plaza tol. Laju dia kesan,” Azri.
Susulan keberkesanan cara itu, Azri mengambil keputusan melekatkan pelekat RFID secara kekal pada plat pendaftaran kenderaannya.
Menerusi video berdurasi satu minit 18 saat itu, Azri melepasi enam plaza tol dan ia dapat dikesan dengan mudah.
“Lebih cepat dikesan daripada tampal pada cermin. Malah ia lebih kemas dan tersorok. Korang boleh cuba,” titip Azri.
@azrizakaria901 Letak sticker dekat belakang no plate (depan). Lebih cepat detect daripada tampal dicermin. Lebih kemas dan tersorok. Sila la cuba. #rfidmalaysia♬ Droptop - AP Dhillon & Gurinder Gill & Gminxr
Tip yang dikongsikan Azri diakui berkesan warga maya. Rata-rata menghargai perkongsian tip berguna ini.
- “Terima kasih bro, tip yang berguna. Saya sudah buat memang menjadi. Laju dapat kesan dalamkelajuan 40kilometer sejam terus palang naik.”
- “Mantap, terbaik. Terima kasih atas perkongsian, esok jugak nak beli RFID.”
- “Awesome, terima kasih atas perkongsian.”
PENJAGAAN PELEKAT RFID
- Pelekat RFID amat sensitif dan boleh rosak jika ia dikopek untuk dilekatkan pada kenderaan lebih daripada sekali.
- Jangan mencuci cermin hadapan atau lampu hadapan kenderaan dalam masa 24 jam selepas pelekat RFID dipasang.
- Elakkan menggunakan cecair kimia sewaktu membersihkan cermin hadapan atau lampu hadapan kenderaan.
- Jangan menanggalkan atau mengeluarkan pelekat RFID. Ia akan gagal berfungsi sekiranya berbuat demikian.
Baca juga: RFID Bermasalah, Pengguna Boleh Dapatkan Gantian Pelekat Percuma Daripada PLUS
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Sumber: TikTok @azrizakaria901, T/photo/1">witter @plustrafik
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang